Wednesday, April 25, 2018

Jenazah Imam Dr Fadli Di bawa ke masjid medan idaman setapak





Jenazah pensyarah dan imam warga palestin, dr fadi mohammed al batsh selamat disembahyangkan di surau medan idaman, setapak, di sini kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.

Penghormatan terakhir termasuk ahli keluarga, kenalan, pelajar allahyarham, wakil ngo dan masyarakat setempat.

Jenazah kemudiannya akan dibawa ke lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur (klia) untuk diterbangkan ke kaherah, mesir, dijangka pada 7 malam ini.

Jenazah dr fadi akan dibawa melalui jalan darat ke gaza yang bersempadan dengan mesir.

Daam kejadian kira-kira 6 pagi sabtu lalu, allahyarham dr fadi, 35, ditembak mati ketika dalam perjalanan menuju ke surau di luar sebuah kondominium di jalan meranti, setapak, untuk menunaikan solat subuh.

Polis telah mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang dikaitkan dengan kejadian itu di semua pintu masuk dan keluar negara dalam usaha mengesan mereka.


Sebuah motosikal yang dipercayai digunakan dalam kes tembak itu ditemui dekat tasik danau kota, setapak.

IGP Suspek Kes Tembak Imam Berada Dalam Negara







Kedua-dua suspek kes tembak pensyarah dan imam warga palestin, DR. Fadi al batsh, 35, di setapak di sini pada sabtu lalu dipercayai masih berada di negara ini.

Gambar sebenar salah seorang dari dua suspek yang menembak mati pensyarah universiti kuala lumpur british malaysia institut unikl bmi dr fadi mohammed albatsh di setapak, awal pagi sabtu lalu sudah dikenalpasti

Ketua polis negara, tan sri mohamad fuzi harun berkata pengecamam itu diperolehi hasil  penemuan  motosikal digunakan suspek di belakang deretan kedai dekat danau petang semalam...

Namun identiti sebenar suspek masih dalam siasatan dan polis percaya suspek menggunakan identiti palsu semasa memasuki negara ataupun ketika berada dalam negara ini

Siasatan awal juga percaya suspek memasuki negara sejak akhir januari lalu.

Polis yakin dan percaya kedua suspek itu masih berada dalam negara.

Jelasnya motosikal jenis  kawasaki versys itu ditinggalkan dengan keadaan baik.


Dan lokasi kejadian pembunuhan dengan tempat penemuan motosikal itu hanya mengambil masa 9 minit.

Orang awam yang mengenali suspek boleh tampil menyalurkan maklumat ataupun menghubungi segera ketua jabatan siasatab jenayah kuala lumpur sac rusdi mat isa di talian 0196992261 ataupun pegawai penyiasat asp shahrizal salleh 0177134705

Dalam kejadian sekitar 6 pagi sabtu lepas pensyarah warga palestin itu ditembak dua suspek menaiki motosikal berkuasa besar.

Ketika kejadian mangsa sedang berjalan kaki menuju ke surau berhampiran, tidak jauh dari pintu masuk hadapan kondominium didiaminya.


Mangsa yang ditembak dengan 10 das tembakan disahkan maut di tempat kejadian.

Jenazah Imam Doktor Dituntut



SELEPAS lima hari, jenazah pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institut (UniKL BMI) Dr Fadi M R AlBatsh Fatma, yang ditembak dua lelaki dalam kejadian subuh Sabtu lalu akhirnya dituntut oleh adiknya Dr Rami AlBatsh, hari ini.
Jenazah Fadi dibawa keluar daripada Hospital Selayang, 12.45 tengahari tadi dalam keadaan ditutupi bendera Palestin.
Difahamkan, jenazah Fadi terus dibawa ke Surau Medan Idaman, Setapak bagi disembahyangkan selepas solat Zohor.
Turut kelihatan adalah kenalan rapat, penuntut serta kakitangan UniKL BMI serta Duta Palestin di Malaysia, Datuk Dr Anwar Al Agha.
Anwar dilihat turut menyertai konvoi kira-kira 10 kereta yang mengiringi jenazah Fadi.
Jenazah Fadi akan dibawa pulang ke Semenanjung Gaza, melalui Mesir menerusi penerbangan Egypt Air yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 malam ini.

Tuesday, January 9, 2018

, , , , , , ,

MKL Crimedesk | Imigresen Serbu Pasar Lambakan Warga Asing

Jenayah Minggu Ini

Jan 8, 2018 - Seksyen 25, Shah Alam, Selangor. Dua hari lepas kejadian seorang peniaga barangan kosmetik diserang sekumpulan warga asing hingga maut..
Rentetan itu.. Sepasukan Jabatan Imigresen Selangor dan Putrajaya mengempur pasar basah menerusi Ops Ikrar Seksyen 25 Shah Alam, Selangor siang tadi.
Kawasan itu dikenalpasti menjadi tumpuan dan kebanjiran warga asing termasuk mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Kawasan itu dikepung kira kira jam 2 petang tadi.

Lebih 120 warga asing diperiksa.

Menurut Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Mohd Rawi Che Mat... Hasil operasi ini, 69 warga asing termasuk 53 lelaki dan 16 wanita ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Ada yang cuba berlakon menjadi warga tempatan.. Namun terkedu bila disuruh menyanyikan lagu Negaraku.
Rata-rata mereka warga Indonesia, Nepal bangladesh dan Myanmar bekerja di pasar basah, kedai runcit dan kedai makan.
Semakan mendapati ada antara mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan melakukan pelbagai kesalahan imigresen yang lain.
Kesemua tangkapan dibawa ke depoh tahanan sementara di Pejabat Imigresen Selangor untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian Sabtu lepas..dalam mangsa, Mohd Nor Syazrin Rasdi, 29, bersama seorang wanita tempatan dan dua pekerja warga Indonesia sedang berniaga di pasar malam tersebut sebelum diserang empat lelaki warga Indonesia.




Tuesday, December 22, 2015

, , , ,

MKL Crimedesk | Kanak - Kanak 4 Tahun Di Dera Sehingga Mati



21 Disember 2015 - Klang, Selangor. SEORANG KANAK-KANAK LELAKI BERUSIA EMPAT TAHUN DITEMUI MAUT SELEPAS DIPERCAYAI DIDERA OLEH LELAKI BERUSIA 39 TAHUN DI DALAM SEBUAH RUMAH DI LORONG HALIMAH, KAMPUNG SUNGAI UDANG, KLANG MALAM TADI.

KANAK-KANAK MALANG TERBABIT SUDAH MENINGGAL DUNIA SEJAK KELMARIN SEBELUM DISOROK DI DALAM SEBUAH BILIK AIR LAMA RUMAH BERKENAAN.

KETUA POLIS DAERAH KLANG SELATAN ACP AZMAN ABDUL RAZAK BERKATA, POLIS MENGETAHUI MENGENAI KEJADIAN ITU SELEPAS MENERIMA MAKLUMAT DARIPADA JIRAN SUSPEK KIRA-KIRA 7 PETANG SEMALAM, YANG MENDAKWA LELAKI TERBABIT INGIN MEMBUANG SEORANG KANAK-KANAK YANG DILANGGARNYA DI PANDAMARAN.

SEPASUKAN ANGGOTA POLIS KEMUDIANNYA DIKEJARKAN KE RUMAH TERBABIT SEBELUM MENEMUI SATU MAYAT YANG SUDAH BERBUNGKUS DI DALAM BILIK AIR YANG SUDAH TIDAK DIGUNAKAN.

PEMERIKSAAN FORENSIK DI BADAN MANGSA POLIS MENEMUI BEBERAPA KESAN LUKA DI KEPALA DAN SELURUH BADAN DIPERCAYAI DIPUKUL.

TURUT DITEMUI, TUALA PUTIH YANG MEMPUNYAI KESAN DARAH, SEBATANG ROTAN, BATANG PAIP DAN BATANG MOP YANG DIPERCAYAI DIGUNAKAN UNTUK MEMUKUL MANGSA.

Like, Follow & Subscribes us at:
https://www.facebook.com/pages/MKLcrimedesk/742942239052042?ref=hl
http://mklcrimedesk.com/
https://twitter.com/TVmetro

We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!
We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com

Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!

Friday, December 18, 2015

, , ,

MKL Crimedesk | Polis Kuala Lumpur IPKKL Serbu Kelab Thai


17 Disember 2015 - Kuala Lumpur. BIARPUN SUDAH DIBERKAS POLIS TAPI MASIH BERTINDAK BERANI DAN CUBA MELOLOSKAN DIRI KETIKA MENAIKI TRAK TAHANAN.

NAMUN CUBAAN GRO TERBABIT KECUNDANG DGN KAWALAN KETAT POLIS DI SEKELILING KAWASAN PREMIS HIBURAN DI JALAN PERAK DI IBUNEGARA.

KETIKA SERBUAN, MUZIK YANG BINGIT MELEKAKAN GRO GRO MELAYAN PELANGGAN, MANAKALA 3 WANITA FILIPINA LEKA DN BERTINDAK SEBAGAI PENYANYI.

SERBUAN OLEH PASUKAN BAHAGIAN MAKSIAT D7 IPKKL YANG DIKETUAI ASP ZAGIRUDDIN BAHAROM BERSAMA 4 PEGAWAI DAN 16 ANGGOTA KIRA KIRA JAM 1 PAGI MEMBERKAS 64 GRO WARGA ASING.

MANAKALA 3 PENYANYI TERBABIT  GAGAL MENGEMUKAKAN SEBARANG DOKUMEN DAN PERMIT BERKAITAN.

DIPERCAYAI PREMIS HIBURAN TERKEMUKA DAN BERLESEN INI KERAP MELAKUKAN KESALAHAN YANG SAMA.

SEORANG LELAKI BERTINDAK SEBAGAI PENJAGA TURUT DITAHAN KERANA MENGAJIKAN PEKERJA ASING TANPA PERMIT YANG SAH.

112 PELANGGAN TURUT DIPERIKSA , NAMUN TIADA KESALAHAN ATAU REKOD JENAYAH.

KESEMUA MEREKA DIBAWA KE IPD DANG WANGI UTK SIASATAN LANJUT.
Like, Follow & Subscribes us at:
https://www.facebook.com/pages/MKLcrimedesk/742942239052042?ref=hl
http://mklcrimedesk.com/
https://twitter.com/TVmetro

We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!

We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com

Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!

Popular Posts

Official Portal of Royal Malaysia Police

Facebook Rakan Cop

Kastam DiRaja Malaysia

Kastam DiRaja Malaysia

Google+ Followers

My Blog List

Blog's Followers

© 2012-2014 - METRONEWS SDN. BHD. Managed by Loonaq Sdn. Bhd. Powered by Blogger.