Saturday, May 31, 2014

, , , , , , , ,

Operasi Cari Suspek Kelar Budak Perempuan digiatkan

30 Mei 2014 - Usaha mencari suspek yang membunuh kanak-kanak malang semalam di tepi tebing Sg. Klang berhampiran Stesyen Komuter Jalan Hishamuddin jam 9 malam semalam sedang giat dijalankan.


Pihak polis mengesahkan kejadian suspek melarikan kanak-kanak itu berjaya dirakam kamera litar tertutup CCTV di pusat beli belah Kotaraya.







Kelar hingga putus!



Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata beliau yakin individu dalam CCTV itu sama dengan suspek yang membunuh dan mengkelar leher hingga putus kanak-kanak itu.

Suspek juga dipercayai lemas di Sg Klang ini namun sehingga lewat petang tadi gerakan mencari yang dilakukan sekitar sungai berkedatan kawasan Jalan Tun Sambanthan, Brickfield masih belum menjumpai suspek atau pun mayatnya.

Dalam operasi ini, 2 jentera bomba, unit scuba dan unit anjing pengesan K-9 turut digerakkan mencari sepanjang 400 meter dari lokasi kejadian semalam.

Friday, May 30, 2014

, , , , , ,

MKL Crimedesk | Budak Perempuan Di Bunuh Kejam


29 Mei 2014 - Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan Melayu ditemui mati dalam keadaan kepalanya terpisah dari badan di tebing sungai Klang berhampiran stesyen komuter Jalan Hishamuddin di sini, malam tadi.

Leher Dikelar!


Kanak-kanak malang berusia 2 tahun 6 bulan berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang warga asing yang sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli-belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

Polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30an itu sedang giat dijalankan.

Hidup Gelandangan


Ibu mangsa berusia 32 tahun hidup secara gelandangan sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoalsiat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya.

"Menurut Zainuddin, pemeriksaan ditempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat namun belum dapat dipastikan ia digunakan untuk mengelar mangsa. Polis tidak menolak suspek menggunakan senjata tajam untuk mengelar leher mangsa berdasarkan kesan kelar berkenaan".

Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Thursday, May 29, 2014

Pelumba Basikal Kemalangan Jalanraya


28 Mei 2014 - Damansara, Kuala Lumpur. Pelumba basikal Malaysia, Kimberly Yap Fui (P) parah dalam satu kemalangan jalanraya yang berlaku di Lebuhraya Pencala Link, Damansara jam 8:45 pagi ini yang melibatkan sebuah kereta Harrier.


Dilanggar dari belakang


Menurut saksi kejadian, mangsa sedang bergerak di tepi jalanraya menghala ke Damansara selepas terowong telah dilanggar dari belakang oleh kereta Harrier tersebut. Mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital PPUM dengan ambulan.

+Metronews KL +Loonaq Records +Sinar Harian 
#accident #cadbury #dyanasofya 

Tuesday, May 27, 2014

, , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Makmal Mini Ketamin Terbongkar


26 Mei 2014 - Kuala Lumpur. 2 lelaki tempatan yang terbabit dalam kegiatan memproses dan mengedar dadah jenis ketamin ditangkap Jumaat lepas.  Dalam serbuan itu, dadah bernilai RM727,000 berjaya dirampas.

Kejayaan itu turut mencatat sejarah kerana ia adalah kali pertama Polis berjaya membongkar makmal memproses dadah jenis ketamin.  Kedua-dua suspek berusia 44 dan 51 tahun dari Sungai Petani, Kedah itu ditangkap di tepi jalan Mutiara Raya jam 7:30 malam Jumaat lepas.

Kondominium mewah


Hasil pemeriksaan di dalam kereta Myvi mereka, polis menemui 2.5 kilogram dadah jenis ketamin di bahagian but kereta.  3 jam kemudian, polis menyerbu sebuah kondominium mewah di Taman Sri Hartamas, Briekfield. 

Dalam serbuan itu polis menemui 15 kilogram dadah jenis ketamin di ruang tamu kondo berkenaan. Turut ditemui adalah 200 pil ektasi, bahan kimia serta alatan memproses dadah.
"Menurut Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, suspek ditahan reman selama 7 hari sehingga 30 Mei ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952".
, , , , ,

MKL Crimedesk | Jersi Worldcup 2014 Bernilai RM500 ribu Dirampas


26 Mei 2014 - Taman OUG, Jalan Kelang Lama, KL. Walaupun demam kejohanan Bolasepak Piala Dunia 2014 belum tiba ke kemuncaknya, namun pasaran mendapatkan jersi-jersi pasukan pilihan masing-masing mula meningkat.  

Suasana ini telah menyebabkan sindiket penjual barangan tiruan mengambil kesempatan dengan memasarkan jersi-jersi tiruan dengan harga yang sama dengan harga pasaran tempatan.


Bagi membenteras kegiatan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kuala Lumpur melakukan pemantauan berterusan di premis-premis kedai sekitar ibu negara.

Lot Kedai Jadi Simpanan Stok


Bagaimanapun, hasil risikan sejak 3 bulan yang lepas berjaya menjejaki dan membongkar kegiatan sebuah lot kedai yang dijadikan simpanan stok jersi tiruan di Taman OUG, Klang Lama petang tadi.  Hasilnya lebih 50 ribu helai jersi tiruan pelbagai jenama bernilai setengah juta ringgit berjaya dirampas.

Pasar Malam


Turut ditahan adaah seorang pemilik tempatan.  Ketika diserbu, kesemua stok terbabit sedia untuk diedarkan kepada peniaga di pasar malam sekitar ibu kota.

Menurut Tuan Rosli Ahmad, Timbalan Pengarah KPDNKK KL, kesemua stok itu dibekalkan dari Thailand.  Jersi-jersi ini dijual sekitar harga RM50 hingga RM100 sepasang. Antara jenama yang dirampas adalah Puma, Adidas, Nike dan lain-lain.


Kes disiasat mengikut seksyen 8 Kurungan 2 Akta Perihal Dagangan 2011.

Sunday, May 25, 2014

, , , , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | 2 Pelacur Nekad Terjun


23 Mei 2014 - Pudu, Kuala Lumpur. Sanggup merisokan nyawa demi mengelak dari ditahan! 2 pelacur asing ini melarikan diri dengan keluar dari tingkap tingkat 5 Plaza Pudu yang menjadi tumpuan warga asing.

Namun tindakan pelacur asing yang hampir mengundang padah ini sempat dipintas polis setelah kedua mereka berjaya ditahan. Kedua mereka adalah di antara 27 pelacung asing yang diberkas dalam Ops NODA Bahagian Maksiat D7 Bukit Aman semalam.

Sudah Lanjut Usia!


Risikan mendapati, walaupun sudah lanjut usia, pelacur asing ini mencari pelanggan sendiri tanpa dibantu agen. Hampir saban hari seawal jam 10:00 pagi mereka menjual tubuh untuk menyara perbelanjaan seharian. Medan selera yang terletak di tingkat bawah premis dijadikan lokasi tumpuan mencari pelanggan. Ketika diserbu, kesemua mereka bertempiaran lari.
Operasi diketuai ASP Loi Yew Lik bersama 5 pegawai dan 16 anggota dibantu pasukan cantas wanita urut turut memeriksa pas sosial yang digunakan 18 pelacur warga China dan 9 Vietnam.

Risikan juga mendapati pakej yang ditawarkan sekitar RM50 hingga RM100. Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Saturday, May 24, 2014

, , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Markas Sindiket Cetak Rompak Terbongkar


22 Mei 2014 - Puchong, Selangor. Polis berjaya menumpaskan sindiket mencetak CD dan DVD haram selepas menyerbu 2 unit rumah di Tasik Prima, Puchong petang semalam.

Dalam serbuan pukul 1:25 petang itu, polis berjaya merampas 204,614 keping CD/DVD cetak rompak, selain mesin peralatan mencetak CD/DVD yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM1.1 juta.


Filem Astro juga di ciplak


Lebih mengejutkan, filem siaran Astro juga turut diciplak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata, turut ditahan adalah 16 lelaki dipercayai pekerja dan juga dalang sindiket berusia 21 hingga 51 tahun.

Siasatan mendapati, sindiket terbabit sudah lama bergiat aktif dan menggunakan rumah teres atau lot kedai sebagai transit pemerosesan.  Sekeping CD/VCD dijual dengan harga RM5 sekeping. CD dan DVD yang terbabit ini disyaki diedarkan ke pasaran antarabangsa.


Kesemua mereka akan direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Percetakan 2002.
, , , , , , , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Polis Tangkap Penjenayah Merbahaya

22 Mei 2014 - Sungai Buloh, Petaling Jaya. Tak sempat buat jenayah, 3 penyamun kecundang setelah ditangkap polis di Bandar Baru Sungai Buloh malam tadi. Seorang darinya cedera ditembak polis.

Dalam kejadian jam 8 malam tadi, kumpulan yang didalangi 5 lelaki itu dikesan menaiki sebuah kenderaan Vios dan 2 buah motorsikal oleh polis peronda di kawasan perumahan Bandar Baru Sungai Buloh.

Curiga dengan pergerakan mereka, polis bertindak mengekori suspek. Bagaimanapun menyedari pergerakan mereka diekori, suspek yang menaiki Vios itu bertindak memecut laju sebelu melanggar 2 buah kenderaan awam.

Polis terpaksa melepaskan 3 das tembakan ke arah suspek dan seorang suspek yang berada di dalam kereta cedera di kaki kanan akibat terkena tembakan tersebut. 2 suspek yang menunggang motosikal ditahan manakala 2 lagi yang juga menaiki motosikal sempat melarikan diri.

Disifatkan merbahaya


Hasil semakan, salah seorang suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah. Polis percaya kumpulan ini aktif melakukan jenayah samun jalanan dan pecah kereta dengan menggunakan kekerasan dan senjata api. Kumpulan ini juga disifatkan merbahaya.

Kenderaan Vios itu dilaporkan hilang di Kampung Subang minggu lepas. Gerakan Ops Tutup bagi memburu 2 suspek lagi yang masih bebas giat dilakukan.

Suspek berusia 19 hingga 23 tahun itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.
, , , , , , , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | KPDKK Selangor Rampas Pakaian Tiruan


22 Mei 2014 - PETALING JAYA, SELANGOR. Kurang sebulan lagi piala dunia bola sepak... sindiket jual jersi tiruan sudah mula bergerak mencari sasaran untuk memasarkan barangan mereka. Namun taktik menggunakan lot kedai sebagai stor penyimpan sebelum diedarkan ke pasat gelap akhirnya terbongkar.

Lebih 25 ribu unit jersi dan jeans tiruan pelbagai jenama bernilai hampir 100 ribu ringgit dirampas.

Pecah Pintu Premis



Operasi bermula jam 9 pagi diketuai Mohd Shahran b. Mohd Arshad dan 8 pegawai dari KPDNKK Shah Alam terpaksa mengambil masa 30 minit untuk memecahkan pintu premis. Ketika diserbu seorang pemilik premis dan 4 orang wanita warganegara Indonesia yang menjadi pekerja sedang membungkus barang yang sedia diedarkan.

2 stor itu diintip sejak seminggu apabila pergerakan sindiket bergiat aktif sejak 3 tahun. Polis percaya pasar malam dan peniaga kecil-kecilan antara pelanggan sindiket.



Jersi terbabit disyaki gred C dijual sekitar harga 50 ringgit sehelai. Kes disiasat di bawah Akta perihal dagangan 201.



, , , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | GRO Menyorok Dalam Peti Ais!


21 Mei 2014 - Petaling Jaya. Elak ditahan, 3 GRO asing ini sanggup menyorok dalam peti ais yang telah diubahsuai menjadi ruang rahsia. Bagaimanapun hasil kecekapan polis bahagian maksiat D7 Bukit Aman yang terpaksa memecahkan pintu sempit tersebut, taktik licik itu berjaya dikesan.
3 GRO ini adalah di antara 11 GRO warga asing yang ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Petaling Jaya malam tadi.  Ketika serbuan, Gro asing yang asyik melayan pelanggan bertempiaran lari menyembunyikan diri. 

Salah Guna Pas Lawatan Sosial

Semakan, pastinya salah guna pas lawatan sosial antara kesalahan dikesan. 7 darinya warga Filipina dan 4 Thailand berusia 22 hingaa 31 tahun disyaki dibekalkan agen sindiket pelacuran.
Premis tidak berlesen ini juga didapati menjalankan pelacuran luar premis dengan caj sekitar RM400 hingga RM600 satu malam.

Seorang pekerja dan penjaga premis ditahan untuk diambil keterangan. Kesemua mereka dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

Tuesday, May 20, 2014

MKL Crimedesk | 2 Anggota Tembak Penjenayah Dikehendaki



20 Mei 2014 - IJOK, Kuala Selangor. Baru 5 hari dituduh atas kesalahan mencuri lori di mahkamah Petaling Jaya, seorang lelaki mengulangi jenayahnya di Jinjang.

Namun kali ini nasib tidak menyebelahinya apabila ditembak anggota polis peronda dalam insiden kejar-mengejar sejauh 20KM dari Sungai Plong ke Ijok pagi tadi.  Kejadian berlaku pada jam 8:20 sebaik pusat Kawalan Daerah Sungai Buloh menerima panggilan kes kecurian lori.

Bagaimanapun lori terbabit dikesan di simpang Merbau Sempak, Sungai Buloh.  Suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak memecut ke dalam sebuah ladang kelapa sawit di KM28, Ijok Kuala Selangor.  Suspek bertindak berundur lorinya lalu mengheret kereta peronda.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah, ekoran tindakan aggresif itu, polis terpaksa melepaskan sedas tembakan ke arah suspek.  Bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan.

Semakan rekod lampau, suspek mempunyai beberapa kes jenayah curi dan curi kenderaan. Mayat dihantar ke hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
, , , , , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Wanita Warga Asing Salah Guna Pas Lawatan Sosial Kerja GRO



18 Mei 2014 - Kuala Lumpur. Polis dari Bahagian Cegah Maksiat D7KL telah menyerbu dan memeriksa dua pusat hiburan sebelah-menyebelah di tingkat 1 Sport Garden. Di pusat pertama, seramai 38 wanita Thailand 22-39 tahun turut ditahan adalah seorang pengurus melayu dengan pelanggan lebih dari 40 orang. Sementara di premis sebelah seramai 35 wanita gro asing turut ditahan kerana menyalahgunakan visa pelancongan untuk bekerja sebagai gro. 

GRO Spain dan Pakistan


Termasuk ditahan adalah seorang wanita dari Spain yang tidak mempunyai passport cuma ada kad pengenalan Spain. Seorang lagi wanita warganegara Pakistan berusia 35 tahun turut ditahan kerana tidak mempunyai sebarang pengenalan diri yang sah.

Premis ini tiada mempunyai lesen hiburan dan tidak mempamerkan sebarang lesen perniagaan ditempat yang sepatutnya.  Kesemua ditahan dihantar ke IPD Brickfields untuk siasatan lanjut.










, , , , , , , , , , , , ,

Mesin ATM Dirompak; RM300 ribu lesap!

20 Mei 2014 - Setia Alam. Wang tunai lebih RM300 ribu lesap setelah 2 buah mesin ATM dipecahkan di sebuah pasaraya pada awal pagi tadi.  Kejadian didalangi 3 lelaki bertopeng, namun hanya disedari kira-kira jam 5:30 pagi oleh salah seorang pekerja pasaraya berkenaan.

Susulan dari kejadian ini, polis dapat mengenal pasti wajah suspek berdasarkan rakaman litar tertutup cctv pasaraya berkenaan.



Rakaman CCTV 3 Lelaki


Ketua Polis Shah Alam ACP Azisman Alias berkata, rakaman turut merakamkan perlakuan 3 lelaki yang disyaki bersembunyi di dalam medan selera pasaraya berkenaan sebelum memulakan kegiataN mereka.


Suspek dilihat mula berlegar di kawasan itu kira-kira jam 4 pagi dengan menaiki tangga untuk ke tingkat 2 dimana 4 buah mesin ATM ditempatkan.



Guna Gas Oxy Acytellyn


Suspek memakai topeng bedah itu juga disyaki menggunakan gas oxy acytellyn untuk memecahkan pintu mesin ATM itu. Wakil bank mendakwa, sejumlah wang tunai sejumlah RM183 ribu dan RM184 ribu ringgit berada dalam 2 buah mesin yang dipecahkan itu.


Kes disiasat mengikut seksyen 395 kanun keseksaan.

Sunday, May 18, 2014

MKL Crimedesk | 26 Wanita Vietnam Dipaksa Jadi Hamba Seks



14 Mei 2014 - Kepong, Kuala Lumpur. Lagi pusat pelacuran digempur polis. 26 pelacur warga asing diberkas di 4 premis lot kedai sekitar taman Rimbunan Kepong petang tadi.  Ini membukti polis serius membanteras kegiatan pelacuran sekitar Lembah Klang ini.


Operasi yang diketuai Dsp kamal khan mohd shariff dr unit anti pemerdagangan orang dan anti penyeludupan migran jsj D7c bukit aman bersama 10 pegawai dn 20 anggota. Risikan percaya mereka dipaksa dijadikan hamba seks. 

Bukan sekadar tawaran terus khidmat seks, malah modus operandi adalah termasuk boleh berurusan membuat pilihan pelacur dlm aplikasi wechat dalam smartphone. Taktik tonton VCD lucah kepada pelanggan sebelum menempah pelacur juga dilakukan bagi meraih sambutan. Kadar khidmat seks dikenakam sekitar 140 hingga 200 ringgit sejam.  Pihak polis yakin agen sindiket pelacuran adalah dalang untuk bekalkan wanita warga asing ini.

Ketika diserbu, sindiket baru memulakan operasi. Semakan ke atas semua pelacur warga Vietnam itu adalah berusia 18 hingga 32 tahun dan gagal mengemukakan paspot mereka atas alasan di pegang agen. 

6 penjaga tempatan juga ditahan.  Premis haram ini juga didapati menggunakan pintu kebal untuk menghalang pihak berkuasa memasuki premis. Kesemua mereka dibawa ke balai jinjang untuk tindakan lanjut.

MKL Crimedesk | Pusat Urut Tanpa Lesen Tawar Seks



13 Mei 2014 - Cheras, Kuala Lumpur. Misteri di sebalik pintu kaca bercermin gelap di sebuah premis di Taman Connought, Cheras terbongkar dalam serbuan yang diketuai oleh Inspektor Zahirudin Baharum bersama 7 orang anggota polis lain.

14 pelacur warga Vietnam ditangkap dalam serbuan ini hasil intipan dilakukan polis Bahagian Maksiat D7 IPK Kuala Lumpur sejak seminggu lepas.

Hasil pemeriksaan mendapati premis ini menjalankan perniagaan urutan badan dan disusuli dengan perkhidmatan seks yang menjadi tumpuan golongan lelaki selepas waktu pejabat. Pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat urutan biasa dikenakan caj RM88 manakala khidmat seks sebanyak RM150.00

Premis ini didapati beroperasi tanpa lesen. Wanita Vietnam yang ditahan berusia antara 20 hingga 31 tahun.  Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang menjadi penjaga premis. 4 pelanggan yang sedang mendapatkan khidmat seks turut ditahan bagi proses dokumentasi dan dirakam percakapan sebagai saksi.

Pemilik premis ini disiasat kerana menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen, menggaji dan melindungi warga asing serta menjalankan kegiatan pelacuran.  Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Cheras untuk tindakan lanjut.

MKL Crimedesk | Sindiket Kad Cuci Kereta Langgan Pelacur



14 Mei 2014 - Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Taktik sindiket pelacuran terkini menggunakan kad perniagaan cuci kereta tertera kod nombor sebagai pas memasuki premis pelacuran kononnya untuk mengelak dikesan pihak berkuasa akhirnya tumpas hasil kecekapan pihak polis Bahagian Maksiat D7 IPK Kuala Lumpur.

Modus operandi ini dikesan hasil siasatan dan penyamaran yang mendapati kad perniagaan itu disebar melalui agen sindiket berkenaan dan hanya membenarkan pelanggan yang memiliki kad cuci kereta itu sahaja yang boleh memasuki premis.

Akhairnya 3 pusat pelacuran menggunakan taktik kad cuci kereta ini diserbu malam tadi dan hasilnya berjaya memberkas 15 pelacur asing dan 3 penjaga tempatan.  Ketika diserbu, ada di antara pelacur terbabit sedang melayan pelanggan.

Peralatan seks, wang tunai dan buku log bukti kegiatan pelacuran itu juta dirampas. Pakej seks dikenakan sekitar RM200 sekali perkhidmatan.

Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke IPD Brickfields untuk tidakan lanjut.

MKL Crimedesk | Pusat Urut Tawar Khidmat Seks



14 Mei 2014 - Cheras, Kuala Lumpur. Sebuah pusat urut di Bandar Makhkota Cheras dijadikan sarang maksiat dengan taktik berpakaian seksi di kaki lima premis untuk jadi umpan menarik pelanggan ke kancah pelacuran.

Namun kegiatan mereka lumpuh setelah diberkas polis dalam serbuan di sebuah pusat urut refleksologi itu malam tadi.  Serbuah jam 11 malam oleh Bahagian Maksiat D7 Bukit Aman itu berjaya mencekup 5 tukang urut warga China.  

Penawaran Khidmat Seks Secara Terbuka


Ketika digempur, mereka sedang menunggu giliran untuk dibawa keluar oleh pelanggan.  Semakan ke atas wanita-wanita tersebut juga mendapati mereka menyalah-gunakan pas lawatan social.

Risikan mendapati sindiket ini menawarkan khidmat seks secara terbuka di kaki lima dan kaunter premis. Pakej seks sekitar RM120 semalam. Turut dirampas sejumlah wang tunai, jadual kerja dan peralatan perniagaan.  Seorang penjaga tempatan turut ditahan.

Kesemua mereka dibawa ke IPD Kajang untuk tindakan susulan.

Kes Samun Meningkat Di Wangsa Maju


14 Mei 2014 - Sidang akhbar oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur Supt. Nor Azman Muhamad Yusuf yang memohon kerjasama penduduk warga Wangsa Maju, Ampang Hiilir, Jalan Gombak, agar lebih berhati-hati dan berwaspada, terutamanya kaum wanita yang suka meletakkan beg atau handbag di atas kerusi kenderaan yang memudahkan pencuri melihat.

Pengedar Dadah Antarabangsa Tumpas


14 Mei 2014 - Lagi pengedar dadah antarabangsa tumpas, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim.

34 GRO Vietnam Dan 8 remaja Di Tahan


9 Mei 2014 - Puchong, Kuala Lumpur. Keseronokan pengusaha pusat hiburan mengumpan 34 GRO warga Vietnam untuk melariskan perniagaannya di malam minggu kecundang setelah diberkas polis dalam Ops Noda malam tadi.

Ketika diserbu jam 11:30 malam tadi, lebih 80 pelanggan sedang leka dengan pasangan masing-masing.  Turut ditahan adalah 8 pengunjung bawah umur. Berikutan itu pengusaha ini dikenakan tindakan saman kerana melanggar syarat perniagaan dan berdepan dengan 2 kesalahan Akta Imigresen.

Serbuan ini dibuat seterlah hasil risikan selama seminggu, operasi yang diketuai ASP Arshad Kamaruddin bersama 4 pegawai dan 20 anggota dari IPK Kuala Lumpur

Turut diperiksa lebih 100 pelanggan namun tiada sebarang tangkapan dibuat.

Siasatan mendapati GRO asing ini dibekalkan oleh agen selepas penempahan dibuat oleh Pengusaha pusat hiburan ini.

Kesemua mereka dihantar ke IPD Cheras untuk tindakan susulan.

Saturday, May 17, 2014

Bukit Aman Berjaya Rampas Dadah 3 juta



12 Mei 2014. Hanya dalam tempoh kurang dari seminggu, 3 kegiatan pengedaran dadah antarabangsa telah berjaya ditumpaskan oleh pihak polis. Turut dikesan adalah sebuah makmal memproses bahan terlarang berkenaan di sini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, tangkapan pertama dilakukan ke atas seorang lelaki Iran yang baru tiba di KLIA minggu lalu. Pemeriksaan ke atas bagasi yang dibawanya membawa penemuan 2kg syabu yang disorok dalam ruangan khas.

Dua hari kemudian sebuah guni dirampas dari Bahagian Kargo lapangan terbang yang sama. Lebih dari 536,000 pil kemurungan dipercayai sebagai bahan mentah untuk membuat dadah telah dijumpai.

Terbaru, sebuah kondominium mewah di ibunegara disyaki makmal dadah diserbu polis Jumaat lalu. Dua lelaki Iran ditahan bersama 25kg syabu dan perkakas membuat bahan larangan tersebut. Turut disita sejumlah wang tunai dari pelbagai negara. Semua yang dicekup berusia antara 23-42 tahun. Mereka direman 7 hari dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Urut Batin Rawang


5 Mei 2014. Sebuah kedai di Rawang, Selangor telah didapati mengiklankan perkhidmatan urut kaki tetapi sebaliknya turut menawarkan perkhidmatan "Urut Batin". Hasil intipan Polis Bahagian Maksiat D7 IPK Selangor dan IPD Gombak, serbuan ini telah berjaya memberkas 9 pelacur warga Vietnam yang juga turut melanggar pas lawatan social ke negara ini.

Polis KL Buru Peserta Himpun GST Yang Pukul Wartawan


6 Mei 2014 - Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohmad Salleh menegaskan pihak polis akan terus memburu peserta-peserta Himpun GST yg memukul wartawan baru-baru ini.

Kastam KLIA Rampas Dadah Dalam Bungkusan Bijirin


1 Mei 2014. Rampasan Dadah Terbesar setakat ini oleh Kastam KLIA, kata Datuk Hj. Chik Lim Pengarah Kastam KLIA.

Bukit Aman Serbu Pusat Hiburan Di Melaka


24 April 2014. GRO butterfly Melaka Raya telah dicekup Polis Bukit Aman yang menyebabkan 40 orang telah ditahan dan 3 daripanya adalah di bawah umur.

AADK Banteras Penagih Dadah


27 April 2014. Pelancaran OPS SELAMAT bagi membenteras penagihan dadah.

Friday, May 16, 2014

GRO Dalam Beg Plastik Sampah


22 April 2014 - Kepong, WP. Operasi Membenteras Kegiatan Maksiat oleh Polis Bukit Aman.

Pasukan STING Tumpas 125 Kilo Dadah


17 April 2014. Pasukan Special Tactical Intelligent Group (STING) di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman

Jururawat Tempatan Jadi Keldai Dadah


14 April 2014 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim.

Thursday, May 15, 2014

Restoran Buruk Jadi Sarang Judi


5 April 2014 - Melawati, Selangor. 4 deret kedai di jalan Desa Melawati dijadikan 'syurga' si kaki judi. Dahulunya kedai-kedai ini adalah restoran buruk tetapi kini dijadikan bagai kasino royal yang dihuni 'tahi judi' saban hari.

Ekoran aduan awam, pasukan unit Bahagian Perjudian D7 Kuala Lumpur yang diketuai oleh Insp. Zahirudin Baharum telah menyerbu premis-premis ini secara serentak. Hasilnya hampir 157 unit komputer judi online telah dirampas dengan tangkapan 9 penjaga rakyat tempatan. Lebih menyedihkan lagi seorang penjaga wanita berusia 29 tahun sanggup membawa anaknya bersama sambil menjaga premis. Turut ditahan adalah 13 pelanggan umur antara 13 hingga 50 tahun untuk membantu siasatan.

Dikatakan premis ini dimiliki oleh seorang lelaki yang mensasarkan pelanggan penjawat awam dan remaja yang beroperasi selama 24 jam.  Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.


Monday, May 5, 2014

Kasino Hutan di Sg Buloh


Ligat bertaruh sehinggakan tidak sedar dengan kehadiran Pihak Berkuasa, akibatnya 11 kaki judi ditahan dalam serbuan OPS DADU semalam.

Lokasi yang dimaksudkan adalah di dalam hutan sekitar Sungai Buloh, berhampiran Damansara. Serbuan Bahagian Maksiat Perjudian dan Kongsi Gelap D7 IPK Selangor itu berhasil di atas maklumat orang-ramai. 5 lelaki tempatan dan 6 lelaki warga Indonesia ditahan termasuk 2 penganjur. 

Risikan mendapati kegiatan judi Bola Golek ini beroperasi pada siang hari sejak seminggu lalu dan kebanyakkan kaki judi ini terdiri daripada buruh binaan kontrak dari Indonesia. Kegiatan ini juga hanya beroperasi pada hari-hari tertentu seperti hari perayaan dan akhir bulan di mana para pekerja ini akan menerima gaji. 

Nilai pertaruhan yang ditawarkan oleh penganjur mampu mencecah RM100,000 seandainya gelanggan tersebut dibuka sehingga larut malam. Pelbagai jenis peralatan judi termasuk wang tunai lebih RM2,000 dirampas.  Kesemua warga Indonesia yang ditahan itu turut didapati tidak memiliki dokumen perjalan dan permit kerja yang sah dan mereka dibawa ke IPD Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.