Monday, May 5, 2014

Filled Under:

Kasino Hutan di Sg Buloh


Ligat bertaruh sehinggakan tidak sedar dengan kehadiran Pihak Berkuasa, akibatnya 11 kaki judi ditahan dalam serbuan OPS DADU semalam.

Lokasi yang dimaksudkan adalah di dalam hutan sekitar Sungai Buloh, berhampiran Damansara. Serbuan Bahagian Maksiat Perjudian dan Kongsi Gelap D7 IPK Selangor itu berhasil di atas maklumat orang-ramai. 5 lelaki tempatan dan 6 lelaki warga Indonesia ditahan termasuk 2 penganjur. 

Risikan mendapati kegiatan judi Bola Golek ini beroperasi pada siang hari sejak seminggu lalu dan kebanyakkan kaki judi ini terdiri daripada buruh binaan kontrak dari Indonesia. Kegiatan ini juga hanya beroperasi pada hari-hari tertentu seperti hari perayaan dan akhir bulan di mana para pekerja ini akan menerima gaji. 

Nilai pertaruhan yang ditawarkan oleh penganjur mampu mencecah RM100,000 seandainya gelanggan tersebut dibuka sehingga larut malam. Pelbagai jenis peralatan judi termasuk wang tunai lebih RM2,000 dirampas.  Kesemua warga Indonesia yang ditahan itu turut didapati tidak memiliki dokumen perjalan dan permit kerja yang sah dan mereka dibawa ke IPD Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

0 comments:

Post a Comment