Tuesday, May 20, 2014

Filled Under:

MKL Crimedesk | 2 Anggota Tembak Penjenayah Dikehendaki



20 Mei 2014 - IJOK, Kuala Selangor. Baru 5 hari dituduh atas kesalahan mencuri lori di mahkamah Petaling Jaya, seorang lelaki mengulangi jenayahnya di Jinjang.

Namun kali ini nasib tidak menyebelahinya apabila ditembak anggota polis peronda dalam insiden kejar-mengejar sejauh 20KM dari Sungai Plong ke Ijok pagi tadi.  Kejadian berlaku pada jam 8:20 sebaik pusat Kawalan Daerah Sungai Buloh menerima panggilan kes kecurian lori.

Bagaimanapun lori terbabit dikesan di simpang Merbau Sempak, Sungai Buloh.  Suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak memecut ke dalam sebuah ladang kelapa sawit di KM28, Ijok Kuala Selangor.  Suspek bertindak berundur lorinya lalu mengheret kereta peronda.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah, ekoran tindakan aggresif itu, polis terpaksa melepaskan sedas tembakan ke arah suspek.  Bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan.

Semakan rekod lampau, suspek mempunyai beberapa kes jenayah curi dan curi kenderaan. Mayat dihantar ke hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

0 comments:

Post a Comment