Friday, May 30, 2014

Filled Under: , , , , , ,

MKL Crimedesk | Budak Perempuan Di Bunuh Kejam


29 Mei 2014 - Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan Melayu ditemui mati dalam keadaan kepalanya terpisah dari badan di tebing sungai Klang berhampiran stesyen komuter Jalan Hishamuddin di sini, malam tadi.

Leher Dikelar!


Kanak-kanak malang berusia 2 tahun 6 bulan berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang warga asing yang sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli-belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

Polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30an itu sedang giat dijalankan.

Hidup Gelandangan


Ibu mangsa berusia 32 tahun hidup secara gelandangan sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoalsiat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya.

"Menurut Zainuddin, pemeriksaan ditempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat namun belum dapat dipastikan ia digunakan untuk mengelar mangsa. Polis tidak menolak suspek menggunakan senjata tajam untuk mengelar leher mangsa berdasarkan kesan kelar berkenaan".

Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

0 comments:

Post a Comment