Saturday, May 24, 2014

Filled Under: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Polis Tangkap Penjenayah Merbahaya

22 Mei 2014 - Sungai Buloh, Petaling Jaya. Tak sempat buat jenayah, 3 penyamun kecundang setelah ditangkap polis di Bandar Baru Sungai Buloh malam tadi. Seorang darinya cedera ditembak polis.

Dalam kejadian jam 8 malam tadi, kumpulan yang didalangi 5 lelaki itu dikesan menaiki sebuah kenderaan Vios dan 2 buah motorsikal oleh polis peronda di kawasan perumahan Bandar Baru Sungai Buloh.

Curiga dengan pergerakan mereka, polis bertindak mengekori suspek. Bagaimanapun menyedari pergerakan mereka diekori, suspek yang menaiki Vios itu bertindak memecut laju sebelu melanggar 2 buah kenderaan awam.

Polis terpaksa melepaskan 3 das tembakan ke arah suspek dan seorang suspek yang berada di dalam kereta cedera di kaki kanan akibat terkena tembakan tersebut. 2 suspek yang menunggang motosikal ditahan manakala 2 lagi yang juga menaiki motosikal sempat melarikan diri.

Disifatkan merbahaya


Hasil semakan, salah seorang suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah. Polis percaya kumpulan ini aktif melakukan jenayah samun jalanan dan pecah kereta dengan menggunakan kekerasan dan senjata api. Kumpulan ini juga disifatkan merbahaya.

Kenderaan Vios itu dilaporkan hilang di Kampung Subang minggu lepas. Gerakan Ops Tutup bagi memburu 2 suspek lagi yang masih bebas giat dilakukan.

Suspek berusia 19 hingga 23 tahun itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

0 comments:

Post a Comment