Monday, June 30, 2014

, , , , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | ATIP Bukit Aman Selamat 34 GRO



27 Jun 2014 - Klang, Selangor. Berkali-kali diserbu, pusat hiburan tidak berlesen ini masih menjalankan kegiatan haramnya dengan memperdagangkan wanita warga asing untuk menjadi hamba seks.




Di dalam GRO, di luar Pelacur!

Taktik 2 dalam satu, apabila di dalam bertugas sebagai gro, di luar premis pula menjadi pelacur, akhirnya dikesan pihak berkuasa setelah 34 wanita warga asing berjaya diselamatkan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Klang malam tadi.


Operasi Bahagian Anti Pemerdagangan Orang ATIP Bukit Aman diketuai DSP Kamal Khan Mohd Shariff turut menahan seorang agen dan penjaga premis.

Semasa serbuan jam 11.30 malam tadi kesemua wanita itu dijadikan gro sedang melayan pelanggan masing-masing.
Hasil pemeriksaan, 26 darinya warga Vietnam dan 8 Thailand seawal usia 17 hingga 37 tahun.


2 orang ibu ayam warga Thailand dan Vietnam turut diberkas bersama 5 pekerja Bangladesh. Risikan mendapati wanita itu dibekalkan agen sindiket pelacuran dan kegiatan sindiket itu beroperasi sejak beberapa bulan lalu di sekitar pusat hiburan Klang.

Aktiviti seks di hotel bajet


Aktiviti seks dilakukan di hotel bajet berdekatan dengan mengenakan bayaran sekitar RM300 ringgit semalam.

Kesemua mereka dibawa ke IPD Klang Utara untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 12 akta anti pemerdagangan orang dan Akta Imigresen.


, , , , , ,

Mat Rempit Dicekup Polis Trafik





27 Jun 2014 - Klang, Selangor. Sudahlah merempit...malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain apabila berani menongkah arus di lebuhraya.

Ini aksi samseng jalanan ketika cuba ditahan dalam ops cantas khas dilakukan polis Klang Selatan di Lebuhraya Kesas dan Persiaran Raja Muda Musa awal pagi tadi.



26 Saman Trafik


Hasil tindakan itu 26 buah motosikal di sita atas pelbagai kesalahan. Lebih mengejutkan 25 daripadanya gagal menunjukkan lesen memandu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Klang Selatan DSP Rosly Abdul Rahman berkata, sebanyak 168 buah kenderaan di periksa dalam operasi lebih 3 jam bermula pukul 1 pagi tadi. 26 saman trafik dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.


Tiada cukai jalan


Semua yang diperiksa melibatkan mereka berusia 16 hingga 40 dan antara kesalahan dikesan termasuk tiada cukai jalan, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Klang Selatan untuk tindakan susulan. Operasi berkala itu tamat jam 5 pagi.


Saturday, June 28, 2014

, , , , , , , , , , , , , , , ,

Warga Asing Ditangkap Miliki Mykad Palsu!



26 Jun 2014 - Rawang, Selangor. Sepasang suami isteri antara 5 warga warga asing ditangkap kerana memiliki Mykad palsu. Mereka antara 13 pendatang asing tanpa izin PATI yang ditahan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.

RM200-500 sekeping Mykad


Operasi yang bermula jam 1 pagi tadi disertai 35 anggota dari Jabatan Pendaftaran Negara JPN dan Jabatan Imigresen. Siasatan mendapati pasangan suami isteri ini dan 3 yang lain membeli Mykad dari sindiket dengan harga antara RM200 hingga RM500 ringgit sekeping.

Sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tiga bulan dan tidak melebihi tiga tahun serta denda tidak melebihi RM20 ribu atau kedua-dua sekali 8 lagi warga asing yang ditahan didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan ada yang tinggal lebih masa. 

Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen akan melakukan operasi ini dari semasa ke semasa bagi membanteras kesalahan penggunaan Mykad palsu oleh warga asing.


Friday, June 27, 2014

, , , , , , ,

MKL Crimedesk | Bukit Aman Lumpuh Judi Bola 7.5 Juta Ringgit






26 Jun 2014 - Bukit Aman, Kuala Lumpur. Sindiket perjudian bola sepak Piala Dunia 2014 yang membabitkan pertaruhan berjumlah 7.5 juta ringgit dalam tempoh sehari tumpas.  Ia berlaku selepas empat orang suspek termasuk seorang wanita ditangkap dalam serbuan di sebuah premis di One Stop Service Residence, Kompleks Metro Pudu semalam.

Komputer Riba, iPad dan Buku Nota

Dalam serbuan dilakukan semalam beberapa barangan yang digunakan bagi menjalankan kegiatan pertaruhan itu dirampas.

Antaranya 37 komputer riba, 2 Ipad dan lebih 30 buku-buku nota yang tercatat angka pertaruhan keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia yang sedang berlangsung di Brazil.

Pertaruhan mencecah RM105 juta ringgit


Sejak mula beroperasi sehari sebelum kempen Piala Dunia bermula 13 Jun lepas, sindiket itu dipercayai sudah mengendalikan pertaruhan mencecah RM105 juta ringgit.

Berdasarkan siasatan awal, dipercayai rangkaian perjudian itu melibatkan rantau Asia Pasifik seperti Hong Kong dan beberapa negara lain.

Kes disiasat dibawah seksyen 6 kurungan 3 1953.  Mengikut peruntukan undang undang penganjur yang terlibat boleh didenda antara 20 ribu hingga 200 ribu ringgit jika sabit kesalahan. Pelanggan atau pemain pula disiasat mengikut seksyen 6 (1) 1953.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi 5 ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.


Wednesday, June 25, 2014

, , , , , ,

MKL Crimedesk | KPDNKK KL Rampas Beg Tiruan Raya


25 Jun 2014 - Kuala Lumpur. Pelbagai barangan tiruan bernilai lebih 111 ribu ringgit dirampas dalam serbuan di Jalan Haji Taib, Kuala Lumpur semalam.




Serbuan ini dilakukan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK Kuala Lumpur.

Beg Chanel, Levis tiruan dirampas


Dalam serbuan itu, pelbagai beg tangan, dompet dan aksesori tiruan yang menggunakan jenama terkenal seperti Prada, Chanel dan Levis dirampas.


"Sejak Januari 2014, pihak Kementerian telah mengambil tindakan terhadap 96 kes tindakan kepada peniaga di Kuala Lumpur yang babitkan nilai rampasan RM1.5 juta," kata Rosli Isa, Timbalan Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur.

Pelanggaran Akta HakCipta 2011



Penjualan barangan-barangan ini telah melanggar peraturan Hak Cipta mengikut Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011. Mana-mana pihak yang didapati melanggar kesalahan ini boleh didenda tidak lebih 10 ribu ringgit bagi setiap unit atau penjara tidak lebih 3 tahun.
, , , , , , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Polis Serbu Pub Sedia GRO Khidmat Seks


24 Jun 2014 - Kota Damansara, Selangor. Kegiatan gro di pusat-pusat hiburan memang tidak asing lagi.

Walaupun serbuan demi serbuan dilakukan... aktiviti itu jelas sukar dibanteras  pelacuran jika wujud permintaan dari pelanggan.

Dan malam tadi, polis bahagian cegah maksiat Bukit Aman menggempur sebuah pusat hiburan di Kota Damansara.

Hanya mempunyai pas lawatan sosial


Hasilnya 25 gro termasuk 10 darinya warga tempatan diberkas ketika sibuk melayan pelanggan. Setelah diperiksa, 14 darinya warga Thailand dan seorang China hanya mempunyai pas lawatan sosial.

Risikan mendapati premis yang pernah diserbu itu sudah bertukar pengurusan baru sejak 2 bulan lepas, namun menggunakan taktik sama untuk promosi mudah.

30 pelanggan turut diperiksa untuk proses dokumentasi. Tips melalui penjualan kalungan bunga sekitar 50 hingga 500 ringgit juga dikesan.

Khimat Pelacur kepada pelanggan tetap


Polis percaya kegiatan pelacuran dilakukan di luar premis dan hanya diberikan kepada pelanggan tetap. Gro berusia 22 hingga 38 tahun itu disyaki dibekalkan agen.

Seorang lelaki penjaga premis ditahan. Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Petaling jaya untuk tindakan lanjut .


Tuesday, June 24, 2014

, , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Dadah RM2.2 juta Dirampas


24 Jun 2014 - Bukit Aman, Kuala Lumpur. Hanya dalam tmpoh 4 hari, 2 sindiket pengdaran dadah berjaya dtumpaskan polis. Antara yg ditahan dalam ops berasingan itu termasuk sepasang suami isteri.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, pasangan suami isteri itu ditahan di Nilai, Negeri Sembilan Khamis lalu.

400 ribu pil


Pemeriksaan ke atas kereta yang dinaiki menjumpai lima buah kotak berisi hampir 400 ribu biji pil psychotrophic.  Susulan itu, ops lanjutan dijalankan dan  2 lagi lelaki temasuk seorang warga India dicekup di Putrajaya sejam kemudian. 

Syabu diikat di bahagian betis


Ahad lalu pula, seorang lelaki Pakistan yang baru tiba di KLIA pula di cekup. Pemeriksaan menemui 1.6kg syabu diikat d bahagian betis kaki. 

Semua suspek yang dicekup berusia antara 23-42 tahun.

 

Monday, June 23, 2014

, , , , , , , , , , , ,

Raya Belum Tiba, Stok Mercun dah Melambak!

23 Jun 2014 - Selayang, Kuala Lumpur. Belum lagi musim perayaan tiba, bekalan mercun sudah mula melolosi sempadan dan akan diagihkan ke pemborong-pemborong setiap kawasan.

"Raya belum lagi, stok mercun dah melambak-lambak, ini stok tikus je kot"


Di Gombak, lebih 500 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai lebih setengah juta ringgit dirampas polis disyaki untuk bekalan musim perayaan nanti.

Mercun KLCC



Kesemua hasil rampasan itu ditemui di dalam sebuh kontena dan 3 premis stor di dalam ladang kelapa sawit di Batu Arang pada jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata sindiket terbabit dikesan melalui hasil maklumat awam. Namun ketika serbuan dilakukan, premis berkenaan tidak berpenghuni, seolah- olah mengetahui kehadiran polis.

Antara jenis mercun bahaya yang dikesan adalah mercun kek, klcc dan das. Pemilik premis masih giat diburu. Kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1956 dan Aktq Kastam 1967.






















, , , , , , , , , , ,

Kalimah Allah: Mahkamah TOLAK Kebenaran Merayu oleh Gereja Katolik Malaysia

23 Jun 2014 - Kuala Lumpur. MAHKAMAH-HERALD READER: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan kebenaran merayu oleh Gereja Katolik berhubung isu penggunaan kalimah Allah. 4 daripada 7 panel hakim yang bersidang itu menolak permohonan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan 'The Herald' daripada menggunakan kalimah 'ALLAH', dalam versi bahasa Malaysia terbitannya .VT: VCG: Putrajaya.


Keputusan Majoriti 4 vs 3


Tan Sri Richard Malanjum
YA Hakim Datuk Zainun Ali
Ia adalah keputusan majoriti 4 lawan 3 yang melarang penggunaan Kalimah Allah dalam terbitan mingguan The Herald berkenaan. 

4 hakim yang menolak permohonan itu ialah, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan ,Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar. 

Sementara 3 hakim yang membenarkan pemorhonan itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, serta 2 hakim mahkamah persekutuan, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Lihat video di sini:







, , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Amah Mati Terjun



21 Jun 2014 - Damansara, Kuala Lumpur. Seorang pembantu rumah ditemui mati di celah bangunan tingkat 1 sebuah kondo mewah di Damansara malam tadi.


Kejadian disedari pengawal keselamatan sebaik menerima aduan bau busuk dr penghuni kondo mewah berkenaan. Sebaik membuat rondaan kira kira jam 7 malam, beliau terlihat mangsa dalam keadaan berulat dan pecah kepalanya.

Usus Terburai Kepala Pecah



Forensik dikejarkan ketempat kejadian. Pemeriksaan mendapati ususnya terburai dan dipercayai mati kurang dari 72 jam. Pembantu rumah warga Indonesia itu dipercayai terjun dr tingkat 8 kediaman majikannya. Polis masih meneliti rakaman cctv di persekitaran bagi mengenalpasti punca kejadian.

Pengawal keselamatan dan majikan akan diambil.keterangan bagi membantu siasatan.

, , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Rampas Selipar Raya



21 Jun 2014 - Cheras, Kuala Lumpur. Tidak sampai 2 minggu lagi umat islam akan menyambut bulan puasa dan sudah semestinya banyak penjaja mengambil kesempatan ini dengan menjual pelbagai jenis barangan bagi persediaan raya. 

Asalkan ada permintaan dan jualan laris, faktor kualiti dan ketulenan barangan itu langsung tidak diambil peduli.

Aduan Pemilik Jenama



Atas aduan pihak pemilik jenama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur melancarkan operasi membanteras kegiatan itu.


Hasil intipan sebulan ke atas sebuah lori 3 tan yang berkeliaran di pasar malam, lebih 50 ribu pasang selipar pelbagai jenama bernilai lebih setengah juta ringgit di rampas di hadapan sebuah flat Taman Bukit Angsana Cheras malam tadi.

Separuh dari barangan itu ditemui di sebuah stor penyimpan yang terletak di tingkat bawah flat berkenaan dipercayai antara pembekal barangan tiruan terbesar sekitar Lembah Klang. 

Serbuan jam 7 malam dengan kekuatan 6 anggota kpdn dan 2 anggota polis berjaya menahan seorang pemilik lori berusia 50 an.


Jenama Adidas, Crocs, Timberland, Puma, Ferari


Menurut Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNKK Kuala Lumpur Shahrudin Hamzah, sindiket ini beroperasi sejak sebulan lalu dan barangan terbabit dijual untuk pasar malam. Bekalan itu diambil dari China dan dijual dengan harga 10 ringgit sepasang.


Antara jenama yang dikesan Adidas, Crocs, Timberland, Puma dan Ferari.  Operasi terbabit dilakuka  secara berterusan terutama di musim Ramadhan ini.  Orang ramai yang mempunyai maklumat behubung barang tiruan boleh tampil ke pejabat kpdnkk negeri berdekatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011.

Thursday, June 19, 2014

, , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Botol Arak Isi Kicap



19 Jun 2014 - Taman Tayton Cheras, Kuala Lumpur.

Degil dan tidak bertanggung jawab!!!

Itu yang dapat disimpulkan terhadap seorang pemborong barangan runcit yang turut memproses kicap tiruan jenama ABC. Walaupun pernah diserbu pada september tahun lalu, kegiatan itu masih beroperasi seperti biasa.

Botol Arak Terpakai


Namun hasil pemantauan ke atas lokasi sama di Taman Taynton Cheras, 3 buah kedai dijadikan stor pembungkusan kicap turuan itu diserbu sekali lagi. Lebih mengejutkan, kicap-kicap terbabit dibotolkan menggunakan botol arak terpakai.

Dalam serbuan pukul 11 pagi tadi, sepasukan pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan PPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merampas lebih 6,800 botol kicap tiruan.

Rampasan 20ribu ringgit


Turut dirampas 20,000 botol kosong yang akan digunakan semula dan label untuk menghasilkan kicap tiruan berkenaan yang kesemua rampasan bernilai 20 ribu ringgit.

Pengarah PPDNKK cawangan itu, Abu Samah Shabudin berkata, sindiket disyaki menukar modes operandi dengan menjadikan premis itu sebagai tempat pembungkusan. Manakala proses pembuatan dilakukan di lokasi lain. Pihaknya sedang mengenal pasti lokasi pemprosesan kicap tiruan itu.

Seorang lelaki berusia 40 an yang juga pengusaha kicap tiruan iti ditahan untuk diambil keterangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 8 dan Seksyen 5 kurungan 1 kurungan C Akta Perihal Dagangan 2011.



, , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Kemalangan Bas Sekolah



19 Jun 2014 - Rawang, Selangor. 40 pelajar dn 4 guru nyaris maut apabila bas sekolah yg dinaiki terbabit dlm kemalangan di susur masuk tol rawang selatan pagi tadi.

Kejadian berlaku jam 9 pagi tadi ketika rombongan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Garing Rawang dalam perjalanan lawatan sambil belajar ke UiTM Shah Alam.

Pertukaran lorong


Difahamkan kemalangan berpunca dari pemandu bas yang membuat pertukaran laluan kedua ke lorong tunai.

Gagal mengawal brek, bas terbabit merempuh belakang treler sebelum terbabas ke penghadang jalan.


Pemandu berusia 47 tahun cedera di kaki dn muka manakala pelajar mengalami trauma. Kesemua mangsa dibawa ke hentian tol Rawang Selatan bagi pemeriksaan kecemasan. Pemandu dibawa ke hospital Sg Buloh untuk rawatan lanjut sebelum diambil keterangan.