Friday, June 13, 2014

Filled Under: , , , , , , ,

Berita Terkini | OPS CERMIN GELAP DITANGGUHKAN



13 Jun 2014 - Kuala Lumpur. Polis trafik Bukit Aman hari ini mengesahkan operasi cermin gelap yang sepatutnya dilancarkan bermula Isnin depan akan ditangguhkan. Ia bagi menunggu keputusan daripada Kemeterian Pengangkutan mengenai kajian semula peraturan penggunaan cermin gelap yang diadakan baru-baru ini.

Kajian Semula Peraturan


Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, SAC Mohd Fuar Abd. Latiff sebelum ini pihak trafik memberi tempoh sebulan bermula 15 Mei hingga 16 Jun kepada pengguna cermin gelap untuk menukar penggunaan cermin gelap pada kadar dibenarkan. Bagaimanapun Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermin Gelap yang diadakan 2 dan 3 Jun lepas mengesyorkan Kadar Ketelusan Cahaya VLT cermin depan sebanyak 70 peratus. Kadar VLT dibahagian sisi pemandu pula kekal 50 peratus. Untuk cermin sisi penumpang VLT diturunkan sebanyak 30 peratus.

Keputusan rasmi mengenai usul itu masih dalam kajian Kementerian Pengangkutan. Ia dijangka diumumkan dalam masa terdekat.




0 comments:

Post a Comment