Tuesday, June 17, 2014

Filled Under: , , , , , , , , , ,

GRO Penari Tiang Peneman Tonton Bola



17 Jun 2014 - Klang, Selangor.

Keghairahan 18 gro yang sedang menari tiang sebagai taktik menarik pelanggan terbantut setelah pusat hiburan itu digempur malam tadi.

Serbuan bahagian maksiat D7 IPK selangor di sebuah pusat hiburan di bandar Bukit Raja Klang itu turut mengejutkan lebih 50 pelanggan yang leka menonton piala dunia.

Turut Menawar Khidmat Seks

Situasi mengejutkan itu menyebabkan mereka cuba melarikan diri, namun usaha itu gagal apabila kesemua pintu premis awal lagi sudah dikepong polis.

Semakan 10 darinya warga vietnam dan 8 thailand hanya menunjukkan pas lawatan sosial sebagai tiket memasuki negara. Premis haram itu dikatakan pernah diserbu beberapa bulan lalu.

Polis percaya gro berkenaan dibekalkan agen dan boleh ditempah keluar untuk khidmat seks sekitar 150 ringgit semalam.  Pusat hiburan ini juga turut menjual kalungan bunga serendah 10 ringgit sebagai tips gro.

Seorang penjaga premis ditahan. Kesemua wanita berusia 18 hingga 30 tahun dibawa ke IPD Klang Utara untuk tindakan lanjut.


0 comments:

Post a Comment