Friday, June 6, 2014

Filled Under: , , , , ,

Berita Bergambar Kebakaran Rumah Panjang Kg Chubadak, Sentul: 95% hangus!


6 Jun 2014 - Sentul, Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya 100 penghuni hilang tempat tinggal setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran di kampung Chu Badak, Sentul petang tadi.  Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang tadi melibatkan rumah panjang jenis kayu.












8 jentera dari balai bomba dan penyelamat Sentul, Hang Tuah, Setapak, dan Gombak Selatan bergegas ke lokasi kejadian. Pihak bomba turut mengalami kesukaran ketika memadamkan kebakaran akibat punca air yang kurang. Api berjaya dikawal sepenuhnya satu jam kemudian.

95 peratus terbakar


Api yang marak dan angin kencang menyebabkan rumah sepanjang 40 meter itu musnah dengan 95 peratus terbakar. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Kerja-kerja bagi menempatkan mangsa di lokasi sementara sedang giat dilakukan.















0 comments:

Post a Comment