Sunday, June 1, 2014

Filled Under: , , , , , , , , , , ,

Mayat Terapung Pembunuh Budak Perempuan Ditemui?

1 Jun 2014 - Polis hari ini mengesahkan bahawa mayat yang ditemui terapung, terdapat persamaan dengan suspek pembunuh budak perempuan semalam berdasarkan pada pakaian dan susuk badan simati yang ada persamaan dengan gambar yang dirakamkan oleh CCTV tempat di mana budak itu dilarikan dan juga gambaran yang diberikan oleh saksi ketika mengejar suspek.

Identiti

Walau bagaimanapun identiti suspek masih belum dapat dipastikan kerana pihak polis memerlukan masa untuk memeriksa cap jari simati dengan pihak JPN dan pusat Pendaftaran Penjenayah kerana hari cuti hujung minggu. Pihak polis juga masih menunggu keputusan hasil laporan bedah siasat.

Pihak polis juga masih belum mengenal-pasti motif pembunuhan budak berkenaan. Siasatan polis akan mencakupi semua sudut termasuk merekodkan percakapan kedua ibubapa termasuk mereka yang mengenali keluarga mangsa.

0 comments:

Post a Comment