Saturday, June 7, 2014

Filled Under: , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Pengusaha Butik Pengantin Mati Ditembak



6 Jun 2014 - Puchong, Selangor.  Seorang pengusaha butik pengantin tidak sempat menyambut kelahiran cahaya mata sulungny apabila dia mati ditembak di Puchong, Selangor malam tadi. Berdasarkan senario kejadian, polis tidak menolak kemungkinan insiden ini bermotifkan dendam.

"Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Razimi Ahmad, kejadian di Taman Perindustrioan Puchong itu berlaku sekitar pukul 8 malam".

Ketika itu, mangsa yang berusia sekitar 30an bersama 4 ahli keluarganya baru selesai bersembahyang di sebuah kuil. Ketika menuju ke kenderaan mangsa, datang seorang suspek melepaskan 3 hingga 4 das tembakan ke arahnya.

Mati Ditempat Kejadian


Mangsa yang parah mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di beberapa bahagian anggota badan. Polis masih menyiasat motif kejadian sebenar.



Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.  Kes dirujuj mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Isteri mangsa dijangka melahirkan anak sulung mereka hari ini.

0 comments:

Post a Comment