Friday, June 27, 2014

Filled Under: , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Bukit Aman Lumpuh Judi Bola 7.5 Juta Ringgit






26 Jun 2014 - Bukit Aman, Kuala Lumpur. Sindiket perjudian bola sepak Piala Dunia 2014 yang membabitkan pertaruhan berjumlah 7.5 juta ringgit dalam tempoh sehari tumpas.  Ia berlaku selepas empat orang suspek termasuk seorang wanita ditangkap dalam serbuan di sebuah premis di One Stop Service Residence, Kompleks Metro Pudu semalam.

Komputer Riba, iPad dan Buku Nota

Dalam serbuan dilakukan semalam beberapa barangan yang digunakan bagi menjalankan kegiatan pertaruhan itu dirampas.

Antaranya 37 komputer riba, 2 Ipad dan lebih 30 buku-buku nota yang tercatat angka pertaruhan keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia yang sedang berlangsung di Brazil.

Pertaruhan mencecah RM105 juta ringgit


Sejak mula beroperasi sehari sebelum kempen Piala Dunia bermula 13 Jun lepas, sindiket itu dipercayai sudah mengendalikan pertaruhan mencecah RM105 juta ringgit.

Berdasarkan siasatan awal, dipercayai rangkaian perjudian itu melibatkan rantau Asia Pasifik seperti Hong Kong dan beberapa negara lain.

Kes disiasat dibawah seksyen 6 kurungan 3 1953.  Mengikut peruntukan undang undang penganjur yang terlibat boleh didenda antara 20 ribu hingga 200 ribu ringgit jika sabit kesalahan. Pelanggan atau pemain pula disiasat mengikut seksyen 6 (1) 1953.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi 5 ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.


0 comments:

Post a Comment