Wednesday, June 18, 2014

Filled Under: , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | GRO Seksi Piala Dunia 2014



18 Jun 2014 - Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Sebuah pusat hiburan di sini mengambil kesempatan musim Piala Dunia 2014 ini dengan menyediakan GRO seksi sebagai peneman pelanggan mereka ketika sedang menyaksikan perlawanan bola tersebut.

Namun ketika lebih 40 pengunjung leka menyaksikan perlawanan Piala Dunia itu, pusat hiburan di Kuchai Lama yang menggunakan taktik 2 dalam 1 itu digempur Polis Bahagian Maksiat D7 IPK Kuala Lumpur malam tadi.

Gro seksi bertempiaran lari!


Pastinya Gro berpakaian seksi bertempiaran lagi! Bagaimanapun tindakan pantas polis mengepung kesemua pintu premis terbabit membuahkan hasil apabila 28 Gro dari Thailand diberkas.

Setelah disemak, kesemua Gro berusia 20an itu hanya memiliki pasport.  Risikan mendapati pusat hiburan ini tidak berlesen dan baru beroperasi 4 hari yang lalu.

Dari maklumat yang diperolehi, Gro asing ini mampun meraih pendapatan RM1,000 semalam sejak pembukaan premis disyaki gara-gara Piala Dunia.  Tips pula bergantung kepada penjualan minuman keras sekitar RM50.

Seorang penjaga premis turut ditahan.  Kesemua mereka dibawa ke IPD Brickfields untuk tindakan lanjut. -MetronewsKL


0 comments:

Post a Comment