Wednesday, June 4, 2014

Filled Under: , , , , , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Hubungan Sulit Bayi Di Bunuh



4 Jun 2014 - Genting, Pahang. Gara-gara bimbang hubungan sulit dengan pekerjanya diketahui, seorang pemilik agensi pekerjas asing bertindak luar jangka dengan membuang bayi yang dipercayai hasil hubungan tersebut ke dalam gaung di Jalan Genting Highlands.  Perbuatan itu bagaimanapun terbongkar setelah ibu bayi berkenaan membuat laporan polis.  Bayi berusia 6 bulan itu dikatakan meninggal dunia di asrama pekerja di Kota Kemuning, Shah Alam Sabtu lalu.

Suspek bertindak membungkus mayat bayi tersebut dalam beg plastik dan menyimpannya dalam sebuah bagasi. Beliau lalu membawa beg tersebut ke KM3.2 Jalan Genting Hinglands dan mencampakkan bayi itu ke dalam gaung setinggi kira-kira 70 meter. Bagasi dibuang ke sebuah lokasi di Gohtong Jaya.

Lokasi Pembuangan Bayi


Suspek berusia 40an itu kemudian pulang ke asrama tersebut namun melarikan diri bersama isteri setelah ibu bayi berkenaan bertanyakan di mana bayinya berada.

Polis yang menerima maklumat menjalankan dua siri pemeriksaan di asrama itu dan menahan 12 pekerja asing di situ kerana tinggal melebihi tempoh.  Suspek dan isterinya berjaya ditahan di Shah Alam semalam. Dia dibawa ke lokasi pembuangan bayi jam 9 pagi tadi dan mayat berjaya ditemui kira-kira 2 jam kemudian.

Pasukan forensik terpaksa mengambil masa kira-kira 2 jam untuk mengeluarkan mayat ekoran kedudukan lokasi yang curam dan cuaca hujan. Mayat dihantar ke hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang untuk bedah siasat.

0 comments:

Post a Comment