Friday, June 6, 2014

Filled Under: , , , , , ,

MKL Crimedesk | Hypermarket Jual Barang Expired


6 Jun 2014 - Kajang, Selangor. Lembaga Perlindungan Pengguna dan Kebajikan Pengguna Islam Malaysia (LPKPIM) mengesan beberapa hypermarket terkenal di Lembah Klang masih menjual barangan tamat tempoh serta barangan yang telah rosak.

Yang DiPertua LPKPIM Dato' Seri Saharuddin Awang Yahya berkata setiap kali pemeriksaan di hyper-hypermarket, didapati mereka masih lagi menjual barangan yang telah tamat tempoh, masih lagi yang menggunakan logo halal dari luarnegara dan terdapat juga barangan yang rosak serta kotor masih dipasarkan kepada pengguna.

Najis Tikus Berselerak


Terdapat juga najis-najis tikus berselerak di tempat penyusunan barangan dan ada juga yang telah tamat tempoh hampir setahun.

"Saya rasa ini agak merbahaya kerana ramai yang sudah tahu tentang penyakit yang disebabkan oleh kencing tikus dan ada juga didapati tin-tin produk yang sudah berkarat yang sepatutnya tidak boleh dijual dan harus diasingkan. Semua ini bakal mendatangkan mudarat kepada pengguna," kata Dato' Seri Saharuddin.

Saharuddin meminta kementerian yang terbabit supaya mengambil tindakan tegas kepada pemilik yang berdegil bagi menjaga kebajikan dan keselamatan pengguna, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan yang bakal tiba.






Beliau juga meminta pihak JAKIM agar sentiasa membuat pemeriksaan di setiap hypermarket dan bagi memastikan penggunaan logo halal yang sah dipamerkan.

Tinjauan kali ini disertai oleh Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Agama Islam Daerah Kajang serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Kajang yang bermula 11 pagi berakhir 2 jam kemudian.

0 comments:

Post a Comment