Wednesday, June 18, 2014

Filled Under: , , , , , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Langgar Lari Penunggang Parah Kepala Dan Kaki



17 Jun 2014 - Sg. Buloh, Selangor. Seorang penunggang nyaris maut setelah motosikal yang ditunggangnya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kenderaan lain di Jalan Sungai Buloh ke Kuala Selangor berhampiran Damansara Damai, lewat malam tadi.
Tindakan pantas dan bantuan pengguna jalanraya, berjaya menyelamatkan mangsa dari digilis oleh kenderaan lain.  

Melarikan diri


Bagaimanapun, kenderaan yang merempuh mangsa melarikan diri.  Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Sg. Buloh.

Rempuhan kuat itu turut menyebabkan mangsa cedera parah di bahagian kepala dan kaki.  Pasukan paramedik dari Hospital Sungai Buloh dikejarkan ke tempat kejadian.

Polis meminta saksi kejadian menghubungi talian Rakan Cop 03-2115 9999 untuk membantu siasatan. - METRONEWSKL


0 comments:

Post a Comment