Thursday, June 12, 2014

Filled Under: , , , , , ,

MKL Crimedesk | Maut Ditikam Teman Wanita



11 Jun 2014 - Petaling Jaya, Selangor. Maut ditikam teman wanita. Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan tidak berpakaian di sebuah rumah dekat Petaling Utama pagi tadi.

Kejadian disedari rakan serumah setelah terlihat mangsa terbaring dengan lumuran darah di hadapan bilik air.

Curiga


Curiga dengan tindakan teman wanita mangsa yang sedang mengemas barang disyaki cuba melarikan diri, rakannya bertindak menahan suspek.

Pemeriksaan  forensik menemui satu kesan tikaman pada badan mangsa. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Kassim, kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi tadi ketika mangsa baru selesai mandi.Teman wanita yang juga warga Indonesia berusia 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Motif kejadian masih disiasat. Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.



0 comments:

Post a Comment