Monday, June 23, 2014

Filled Under: , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Rampas Selipar Raya



21 Jun 2014 - Cheras, Kuala Lumpur. Tidak sampai 2 minggu lagi umat islam akan menyambut bulan puasa dan sudah semestinya banyak penjaja mengambil kesempatan ini dengan menjual pelbagai jenis barangan bagi persediaan raya. 

Asalkan ada permintaan dan jualan laris, faktor kualiti dan ketulenan barangan itu langsung tidak diambil peduli.

Aduan Pemilik Jenama



Atas aduan pihak pemilik jenama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur melancarkan operasi membanteras kegiatan itu.


Hasil intipan sebulan ke atas sebuah lori 3 tan yang berkeliaran di pasar malam, lebih 50 ribu pasang selipar pelbagai jenama bernilai lebih setengah juta ringgit di rampas di hadapan sebuah flat Taman Bukit Angsana Cheras malam tadi.

Separuh dari barangan itu ditemui di sebuah stor penyimpan yang terletak di tingkat bawah flat berkenaan dipercayai antara pembekal barangan tiruan terbesar sekitar Lembah Klang. 

Serbuan jam 7 malam dengan kekuatan 6 anggota kpdn dan 2 anggota polis berjaya menahan seorang pemilik lori berusia 50 an.


Jenama Adidas, Crocs, Timberland, Puma, Ferari


Menurut Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNKK Kuala Lumpur Shahrudin Hamzah, sindiket ini beroperasi sejak sebulan lalu dan barangan terbabit dijual untuk pasar malam. Bekalan itu diambil dari China dan dijual dengan harga 10 ringgit sepasang.


Antara jenama yang dikesan Adidas, Crocs, Timberland, Puma dan Ferari.  Operasi terbabit dilakuka  secara berterusan terutama di musim Ramadhan ini.  Orang ramai yang mempunyai maklumat behubung barang tiruan boleh tampil ke pejabat kpdnkk negeri berdekatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011.

0 comments:

Post a Comment