Wednesday, June 11, 2014

Filled Under: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Wanita Bogel Dibunuh di Hotel


10 Jun 2014 - Kelana Jaya, Selangor. Mayat seorang wanita warga tempatan berusia 20 an ditemui tanpa berpakaian disyaki dibunuh di dalam sebuah hotel di Kelana Jaya petang tadi. Kejadian disedari pekerja hotel kira-kira jam 6 petang tadi ketika cuba memeriksa bilik berkenaan.

Tanpa Seurat Benang...


Terkejut dengan penemuan mangsa yang terlentang di atas katik tanpa seurat benang.... polis segera dihubungi. Pemeriksaan forensik mendapati ada kesan lebam di leher mangsa dipercayai dijerut. Tiada kesan pecah masuk premis ditemui. 

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Fadhil Marsus berdasarkan keadaan mayat mangsa, kematian dianggarkan tempoh kurang 12 jam.

Daftar masuk 2 hari lepas


Mangsa yang bekerja juruwang dikatakan mendaftar masuk ke hotel terbabit 2 hari lepas. Perbuatan jenayah itu dipercayai dilakukan oleh individu yang dikenali.

Polis turut menolak jenayah samun sebagai motif kejadian.  Rakaman kamera litar tertutup cctv premis sedang dianalisa bagi mengenal pasti suspek terlibat.

Mayat dihantar ke PPUM untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

0 comments:

Post a Comment