Thursday, July 31, 2014

, , , , , ,

Foto-foto Kejadian Tembakan Senjata Api Membabi-buta di hadapan Gereja Taman Sri Putra Jalan Jugra

31 Julai 2014 - Banting, Selangor. Ini berita yang baru kami terima.









, , , ,

Perompak Bom Mesin ATM Bukit Beruntung, Rawang.



29 Julai 2014 - Bukit Beruntung, Rawang Selangor. Cubaan merompak mesin atm dengan meletupkan mesin terbabit menggunakan bom buatan sendiri tidak menjadi apabila taktik itu mengaktifkan sistem penggera keselamatan premis. Kejadian berlaku jam 5 pagi tadi di sebuah bank di Bukit Beruntung, Rawang.








Polis yang menerima laporan penggera keselamatan diaktifkan itu segera ke lokasi kejadian. Bagaimanapun premis yang menempatkan 4 buah mesin ATM, 2 mesin deposit tunai dan 2 deposit cek rosak teruk akibat letupan itu.

Sebutir Bom Belum Diletupkan!


Unit pemusnah bom turut bergegas ke tempat kejadian apabila polis menemui sebutir bom buatan sendiri di hadapan pintu premis yang belum diletupkan.


Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Rooslam Radzi, hasil maklumat awam mengesahkan kejadian itu berlaku sekitar jam 3 pagi selepas terlihat beberapa suspek cuba membuka pintu belakang premis.

Namun kerana gagal.. Suspek bertindak meletupkan pintu depan premis menggunakan sebutir bom buatan sendiri yang diletakkan berhampiran mesin ATM terbabit.
Polis percaya kegiatan itu dilakukan lebih dari seorang suspek.


Friday, July 25, 2014

, , , , ,

Kilang Kain di Bandar Tun Razak Terbakar



24 Julai 2014 - Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Pemilik sebuah kilang baju berdepan dengan kerugian ratusan ribu ringgit setelah premis terbabit musnah dalam kebakaran malam tadi. Seorang anggota bomba cedera melecur ketika operasi menyelamat.


37 Anggota Bomba dikerah ke lokasi kejadian


Kejadian di Desa Tun Razak itu berlaku jam 10.30 malam. Difahamkan ketika kejadian, premis tidak beroperasi. 3 buah jentera dengan kekuatan 37 anggota dari balai bomba dan penyelamat Tun Razak, Sungai Besi dan Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Api marak mengakibatkan bumbung tingkat 2 premis runtuh. Bagaimanapun, premis yang dipenuhi baju bahan mudah terbakar antara punca kebakaran sukar dikawal," kata Tuan Azizan Ismail, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur di tempat kejadian.
Api berjaya dikawal sepenuhnya sejam kemudian. Premis dengan keluasan kebakaran 100 kaki persegi musnah 100 peratus. Unit forensik bomba turut diarahkan ke lokasi bagi mengenal pasti punca kejadian. Anggaran kerugian sebenar masih disiasat.


Wednesday, July 23, 2014

, , , , , , ,

MKL Crimedesk | OPS Selamat Pendatang Terjun Bangunan


22 Julai 2014 - Petaling Jaya, Selangor. Takut ditangkap, dia sanggup terjun dari tingkat dua sebuah pangsapuri. 

Itu tindakan nekad seorang pekerja kilang dari Indonesia ketika cuba meloloskan diri dalam serbuan dilakukan pihak berkuasa. Namun tindakan wanita itu bukan sahaja sia sia malah dia turut mengalami kecederaan.

Ops Selamat di Mentari Court



Serbuan ini adalah sempena OP Selamat bagi musim perayaan ini dilancarkan di Mentari Court, Petaling Jaya, Selangor awal pagi tadi.

Operasi berskala besar ini disertai 200 anggota polis DiRaja Malaysia PDRM, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara JPN. Ia dilancarkan bermula jam 6 petang semalam dan berakhir kira kira jam 6 pagi tadi.

Secara keseluruhan seramai 120 warga asing dari pelbagai negara ditahan. Kesemua mereka melakukan pelbagai kesalahan imigresen seperti tiada dokumen perjalanan diri, dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.


Heroin dan pil khayal


5 rakyat tempatan juga turut ditangkap sepanjang 12 jam operasi ini dijalankan. Mereka didapati memiliki dadah heroin dan pil khayal.  Suspek berusia antara 27 hingga 54 tahun.

Operasi dilancarkan di Desa Mentari ini kerana  indeks jenayah di kawasan ini amat tinggi dan perlu dikawal terutama menjelang sambutan aidilfitri tidak lama lagi.
"Wanita asing yang terjun dari tingkat 2 sebuah pangsapuri di kawasan operasi dijalankan mengalami kecederaan patah kaki. Wanita berusia 30-an ini dihantar ke hospital untuk rawatan. Tangkapan lain pula dibawa ke Ipd petaling jaya dan jabatan imigresen untuk tindakan lanjut" ujar ACP Azmi Abu Kassim, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ketika ditemubual oleh pemberita MKL Crimedesk.
Operasi sempena Op selamat ini akan diteruskan di kawasan hotspot jenayah sepanjang musim perayaan ini.






, , , ,

JAKIM Uruskan Jenazah Mangsa MH17


23 Julai 2014 - Putrajaya, Wilayah Persekutuan. 6 dari 10 Imam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dihantar ke Kalkeive selamat tiba di Amsterdam selama bagi tujuan pengurusan jenazah. Bagaimanapun, sehingga kini pasukan yang diketuai Imam Besar Masjid Putrajaya Abdul Manaf Mat tidak dapat melakukan sebarang tindakan berikutan mayat mangsa belum dikenalpasti.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya diberitahu seramai 21 dari 44 warga Malaysia yang terlibat dalam tragedi itu beragama Islam. Sembahyang sunat ghaib ke atas jenazah beragama Islam juga akan dilakukan selepas mayat selesai dimandi dan dikafankan oleh petugas JAKIM.

Sembahyang Ghaib


Jelasnya, selagi belum dikenalpasti dan dimandi serta dikafankan, tidak boleh mengadakan sembahyang ghaib terhadap jenazah Islam, perlu menanti khabar petugas yang dihantar ke sana.

"Jadi di sana kita akan tunggu forensik dan juga DNA yang dibuat oleh semua negara yang terlibat termasuk negara kita Malaysia di situ akan ditentukan jenazah mayat mana Islam dan yang bukan Islam, kita akan urus mana yang Islam Malaysia sahaja kecuali diminta oleh negara-negara lain mana bagi warganegara mereka yang Islam contohnya Indonesia dan sebagainya, jadi kita fokus kepada Malaysia yang telah diberitahu ada 21 jenazah Islam. Kita berharap kesemua yang terlibat dengan nahas ini akan ada dan di bawa ke Amsterdam," jelas Datuk Othman.

Beliau mengulas demikian ketika menghadiri majlis Tautan Muhabbah dan Penghayatan Ramadhan Saudara Muslim di Restoran Shahrin Low Putrajaya semalam.  

Menanti Proses DNA


Katanya, kerajaan juga bercadang untuk menempatkan kesemua mangsa terlibat disemadikan di satu kawasan yang sama di Putrajaya yang berasingan mengikut agama.

"Kecuali kalau mereka tidak nak bawa balik jenazah berkenaan, Kerajaan akan sediakan tempat di Putrajaya satu kawasan yang kita juga telah berbincang dengan pihak Perbadanan untuk menempatkan satu tempat Islam dan juga bukan Islam, kita akan buat secara terpisah tapi di tempat yang sama memudahkan bagi masyarakt ziarah dan berdoa," tambahnya lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas mahu semua mayat 44 warga Malaysia yang telah dikenalpasti dibawa pulang dan disemadikan di negara ini sebelum Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh Isnin ini. Namun ia bergantung kepada tempoh proses analisa DNA mangsa nahas.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di wilayah Donetsk, di timur Ukraine pada Khamis lepas.

Perdana Menteri berkata, pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu telah ditembak. Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12:15 tengahari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA, Sepang pada 6:10 pagi Jumaat.


Tuesday, July 22, 2014

, , ,

Sandiwara Bisnes Media Social: KIKI "The Road Bully" dihukum RM5,000

22 Julai 2014 - Kuantan, Pahang - Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin, 30 yang juga dikenali sebagai Kiki dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan melakukan kerja komuniti selama 240 jam di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman tersebut selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya kerana melakukan khianat terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 68 di kawasan parkir kereta Pusat Transformasi Bandar Kuantan di sini pada 14 Julai lalu.

Sandiwara Perniagaan Media Social?

Kiki sebelum ini menjadi fenomena Internet setelah aksinya ketika memarahi Siak Hong dan memukul kereta milik Siak Hong pada hari kejadian dirakamkan dan dimuat naik ke laman media sosial Youtube. 

Sandiwara Perniagaan Media Social? Perakam video ini mungkin telah mendapat laba yang banyak hasil jualan rakaman ini kepada Media Prima atau berkongsi pendapatan. Lihat 'claimed' yang dibuat atas hakmilik rakaman ini. Ini adalah suatu bentuk perniagaan 'streaming' atau monetizing yang baru dalam media baru.



,

Pasport & Levi Palsu: Bukit Aman Buru 2 Orang Dipercayai Bekas Kakitangan Imigresen


21 Julai 2014 - Bukit Aman, Kuala Lumpur. Lanjutan dari terbongkar dan tertangkapnya 10 suspek dalam kes membuat pasport dan levi palsu, polis Bukit Aman sedang mempertingkatkan siasatan untuk menangkap 'mastermind' atau orang kuat di belakang operasi pemalsuan ini iaitu 2 orang bekas kakitangan dan pegawai Imigresen sendiri.



Kerjasama orang-ramai adalah diminta untuk melaporkan sekiranya mereka bertemu atau mengetahui kedua-dua suspek yang dikhendaki ini.


, , , , ,

MKL Crimedesk | Bukit Aman Tumpaskan Sindiket Pasport & Levi Palsu



21 Julai 2014 - Bukit Aman, Kuala Lumpur. Bahagian Pemalsuan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman berjaya melumpuhkan sindiket pemalsuan di dokumen Imigresen bagi mendapatkan permit kerja warga asing.

Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Jalil bin Hassan dalam operasi Khas malam tadi, Ops Levi Polis berjaya memberkas 10 orang di sekitar Lembah Klang.

7 daripada mereka lelaki Melayu dan seorang lelaki Cia warga tempatan manakala 2 wanita yang ditahan seorang warga Thailand dan seorang lagi warga Indonesia taraf pemastautin tetap. Semua mereka berumur dalam lingkungan 26 ke 56 tahun.

Jaket Imigresen

Turut dirampas 8 unit telefon bimbit, 2 buah laptop, 15 pelbagai cop, 223 pasport dan sehelai jaket imigresesn bersama uniform yang melambangkan logo Imigresen serta wang tunai asing bernilai 83 juta rupiah.

Katanya lagi, sindiket ini telah mengeluarkan dokumen kelulusan palsu kepada syarikat-syarikat di sekitar Lembah Klang, Perak, Johor dan Pahang. 

Pihak syarikat hanya menyedari dokumen itu palsu setelah pembiayaan levi dibuat bagi tujuan memperbaharui permit kerja mereka.

Menyamar sebagai Pegawai Imigresen

Salah seorang daripada ahli sindiket itu telah menyamar sebagai Pegawai Imigresen yang berperaan membuat proses urusan permit kepada syarikat-syarikat tersebut.

Sejak penghujung tahun 2013 hingga Julai 2014 sebanya 8 laporan polis dibuat oleh individu dan syarikat yang menjadi mangsa dan jumlah kerugian dianggarkan lebih dari RM1juta.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak melebihi 10 tahun penjara dengan sebatan.



Monday, July 21, 2014

, , , , , , , , , , , , , ,

GRO Antarabangsa Mabuk Dicekup Polis Bukit Aman



18 Julai 2014 - Changkat, Kuala Lumpur. Meriah dengan pelbagai GRO bangsa dari pelbagai negara yang sedang leka melayan pelanggan sehingga ada yang mabuk ketika serbuan dibuat oleh Polis Bukit Aman malam tadi. 

Tangkapan dibuat kerana hampir semua GRO tersebut tidak mempunyai kad pengenalan diri atau menyalah-gunakan kelulusan visa lawatan untuk bekerja di pusat hiburan mewah di Jalan Changkat Tambi Dollah di Kuala Lumpur.


Laporan lanjut akan menyusul setelah kami dapat mengesahkan jumlah dan GRO yang tepat dan jenis-jenis kesalahan yang lain.


, , , , , ,

MKL Crimedesk | Bapa Tembak Selamatkan Anak Dibelasah 10 orang



18 Julai 2014 - Rawang, Selangor. Kerana dendam, sekumpulan penjenayah kononnya ingin menuntut bela akhirnya kecundang setelah 3 daripada mereka diberkas orang ramai.

Diserang 10 lelaki bersenjatakan parang

Kejadian itu turut mengakibatkan seorang lelaki yang juga mangsa cedera parah ditetak suspek di hadapan rumahnya di Kg Sungai Dua Tambahan, Rawang malam tadi.
Ketika kejadian jam 12 tengah malam, mangsa berada di halaman rumah tiba-tiba diserang lebih 10 lelaki bersenjatakan parang yang menaiki 3 buah kenderaan.

Bapa lepaskan 4 das tembakan

Kekecohan itu menyebabkan bapa mangsa terpaksa melepaskan 4 das tembakan amaran. Bunyi tembakan itu mengejutkan jiran sebelum kesemua suspek bertindak melarikan diri ke dalam semak. 3 daripadanya berjaya ditahan.

Mangsa yang cedera parah dibawa ke hospital Sungai Buloh manakala seorang suspek turut tercedera kerana bertindak agresif ketika cuba ditahan. Forensik turut menemui beberapa kelongsong peluru di lokasi kejadian dan 3 buah kenderaan suspek yang ditinggalkan.

Polis masih giat memburu rakan suspek. Punca kejadian masih dalam siasatan.