Sunday, July 13, 2014

Filled Under: , , , , , , , , , , ,

Agen Pasport Mynmar Ditetak



10 Julai 2014 - Puchong, Selangor. Gara-gara pelanggan tidak puas hati dengan pengurusan passport yang diusahakannya... seorang buruh binaan mati ditikam di hadapan sebuah kedai dekat bukit puchong malam tadi.


Kejadian disedari anak lelakinya kira - kira jam 9.30 malam setelah gagal menghubungi mangsa. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menemui anak lelakinya di sebuah restoran yang terletak 200 meter dari lokasi pembunuhan.

Terlentang berlumurah darah!


Hasil pemeriksaan forensik, mangsa ditemui terlentang dalam keadaan berlumuran darah. Terdapat dua kesan tikaman di bahagian perut dan kepala mangsa disyaki menggunakan tukul.

ACP Yahaya Ramli, Ketua Polis Subang Jaya mengesahkan bahawa hasil semakan mendapati mangsa adalah agen bagi pengurusan paspot Mangsa warga myanmar dan berusia 40 tahun itu dikatakan sudah tinggal di Malaysia sejak 10 tahun lalu.

Polis masih menyiasat motif sebenar kejadian. Mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

0 comments:

Post a Comment