Friday, July 18, 2014

Filled Under: , , , , , , , , , ,

MH17: Mengalih Perhatian Malaysia dari Gaza ke Ukraine?

18 Julai 2014 - Salam takziah kepada keluarga semua penumpang dan kakitangan pesawat Malaysia Airline MH17 yang terhempas akibat ditembak dengan peluru berpandu oleh samada tentera kerajaan Ukraine ataupun tentera pemisah Ukraine. Wallahualam!

Tatkala Malaysia menjadi tumpuan kerana misi bantuan kepada Gaza yang sedang diserang habis-habisan oleh tentera Zionist Israel, tumpuan pastinya beralih kepada MH17!  Pasti menjadi tandatanya besar kepada kita, kenapa tembak pesawat MAS? Bukankah ini laluan biasa bagi pesawat komersil bagi kebanyakkan pesawat dari negara-negara lain khususnya dari benua Eropah ke Asia? Adakah tangan-tangan tersembunyi mengatur rencana bagi memindahkan fokus Malaysia beralih dari GAZA ke UKRAINE?


Apapun kita seharusnya menerima musibah ini datangnya dari Allah SWT sebagai ujian mahupun tanda-tanda keEsaanNya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul dan kepada semua keluarga yang terlibat, upaya kami hanya menyampaikan salam takziah dan iringan doa Innalillahi wa inna ilahi rojiun...



0 comments:

Post a Comment