Tuesday, July 8, 2014

Filled Under: , , , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | 100 GRO & Hamba Seks Ditahan.


7 Julai 2014 - Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Modus operandi dua buah pusat hiburan yang bersekongkol dengan sindiket pelacur untuk kaut keuntungan mudah akhirnya terbongkar apabila 104 pelacur Thailand termasuk 11 pondan diselamatkan dari terus dijadikan hamba seks.

Mont Kiara


Serbuan serentak ke atas 2 premis di Mont Kiara itu dilakukan hasil pemantauan pergerakan agen sindiket terbabit yang mencurigakan.

Dihiburkan Pelacur



Operasi digempur Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan migran Bukit Aman itu diketuai DSP Kaman Khan Mohd Sharif. Ketika serbuan, lebih 100 pelanggan sedang rancak dihiburkan pelacur terbabit.  Ada diantara pelacur yang sudah ditempah dan dibawa keluar oleh pelanggan.

Semakan kesemuanya berusia 18 hingga 30 tahun itu didapati menyalah gunakan pas lawatan sosial.

200 Ringgit sejam!


Risikan mendapati, sindiket akan mencatit nombor kenderaan selepas ditempah dan dibawa keluar untuk kegiatan seks. Bayaran dikenakan sekitar 200 ringgit sejam.

Premis terbabit dijalankan oleh pengurus yang sama. Polis masih menyiasat agen dan ahli sindiket. 21 pekerja warga Bangladesh dan seorang pengurus kelab ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Travers untuk tindakan lanjut.
Manakala wanita terbabit dibawa sementara ke rumah perlindungan.

Kes disiasat mengikut akta atipsom 2007.



0 comments:

Post a Comment