Saturday, July 5, 2014

Filled Under: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | 14 Kaki Judi Islam Di Tangkap



5 Julai 2014 -Klang, Selangor. 14 tahi judi kesemuanya beragama islam ditahan dan 83 komputer perjudian online dirampas.

Serbuan bahagian perjudian D7 IPK Selangor diketuai pegawai turusnya DSP Abdul Ghafar Ahmad turut menahan 5 penjaga premis.  Ketika diserbu kesemua mereka leka berjudi.

Hasil risikan mendapati kegiatan perjudian rancak sehingga waktu sahur. Dan premis yang lengkap dengan kamera litar tertutup cctv itu menggunakan pintu kebal untuk elak dikesan.

Sejumlah wang pertaruhan juga dirampas. Pertaruhan dibenarkan sehingga 100 ribu ringgit. 

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Klang Selatan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut seksyen 4 B Akta Rumah Judi Terbuka 1953.






0 comments:

Post a Comment