Saturday, July 5, 2014

Filled Under: , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Bookie Bola Sedia Pelacur



5 Julai 2014 - Cheras, Kuala Lumpur. Gara-gara leka memantau pertaruhan dalam talian sambil dilayan pelacur asing, 3 lelaki yang juga disyaki agen 'bookie' piala dunia 2014 tak sempat melarikan diri dan ditangkap bersama 44 pelacur asing di sebuah pusat karaoke dekat ibu negara malam tadi.


Kesemua suspek berusia 30 an itu diberkas kira-kira jam 12 malam ketika satu perlawanan sedang berlangsung.

Serbuan bahagian maksiat D7 IPK Kuala Lumpur turut memeriksa lebih 30 pengunjung yang turut juga leka menyaksikan perlawanan itu.

Buku Log Maklumat Pertaruhan


Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis merampas buku log pelanggan dan telefon bimbit disyaki mengandungi maklumat pertaruhan.

Manakala pemeriksaan dokumen ke atas pelacur terbabit, 39 warga vietnam dan 5 china berusia 17 hingga 30 tahun didapati hanya memiliki paspot. Ada antaranya sudah tamat tempoh.

Khidmat Pelacur di bilik karaoke


Risikan mendapati pusat karaoke itu menggunakan khidmat pelacur untuk kaut keuntungan mudah serta mengambil kesempatan musim piala dunia ini dengan menyediakan siaran perlawanan di setiap bilik karaoke kepada pelanggan sambil dilayan pelacur asing.

Pelacur terbabit disyaki ditempah melalui agen sekitar 300 semalam. Seorang ibu ayam dan seorang penjaga turut ditahan. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Cheras untuk tindakan susulan.

0 comments:

Post a Comment