Thursday, July 10, 2014

Filled Under: , , , , , , , ,

Judi Piala Dunia: Bookie German vs. Brazil Kena Cekup Polis

9 Julai 2014 - Damansara, Kuala Lumpur. Seorang bapa anak empat yang juga agen 'bookie' piala dunia 2014 diberkas disebuah rumah teres dua tingkat di Damansara awal pagi tadi.



Suspek berusia 30 an itu ditahan di hadapan anak dan isterinya dalam serbuan Ops Soga yang dilakukan Unit Perjudian D7 IPD Petaling Jaya dan dibantu IPK Selangor serta Bukit Aman.

German dengan Brazil


Ketika diserbu suspek sedang menerima pertaruhan dalam talian bagi perlawanan German dengan Brazil yang berlangsung pada jam 4 pagi tadi.


Pertaruhan jutaan ringgit



Hasil risikan mendapati suspek menerima pertaruhan mencecah jutaan ringgit bagi perlawanan terbabit. Turut dirampas adalah komputer dan buku log pelanggan.

Ketika serbuan, suspek sedang leka menguruskan pertaruhan dan memberi kerjasama sepenuhnya.  Suspek kemudian dibawa ke IPD Petaling jaya untuk tindakan susulan.



Kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.


0 comments:

Post a Comment