Wednesday, July 2, 2014

Filled Under: , , , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Dua Mati Dihempap Pokok



1 Julai 2014 - Segambut, Kuala Lumpur. Tak sempat berbuka puasa, dua lelaki maut setelah dihempap pokok selepas kejadian ribut di ibunegara lewat petang semalam.

Membeli juadah berbuka puasa

Ketika kejadian jam 6 petang itu, kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal dikatakan dalam perjalanan membeli juadah berbuka puasa.





Dua buah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Hartamas dan juga Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa.

Cedera parah di badan dan kepala

Setibanya di lokasi, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

Kerja-kerja menyelamat mangsa mengambil masa sejam.


Salah seorang mangsa itu dikenali sebagai Mohd Rizduan, menurut maklumat dari seorang yang mendakwa sebagai ibu mangsa. Seorang lagi mangsa belum dikenalpasti identitinya.

Mayat dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.



0 comments:

Post a Comment