Wednesday, July 23, 2014

Filled Under: , , , , , , ,

MKL Crimedesk | OPS Selamat Pendatang Terjun Bangunan


22 Julai 2014 - Petaling Jaya, Selangor. Takut ditangkap, dia sanggup terjun dari tingkat dua sebuah pangsapuri. 

Itu tindakan nekad seorang pekerja kilang dari Indonesia ketika cuba meloloskan diri dalam serbuan dilakukan pihak berkuasa. Namun tindakan wanita itu bukan sahaja sia sia malah dia turut mengalami kecederaan.

Ops Selamat di Mentari Court



Serbuan ini adalah sempena OP Selamat bagi musim perayaan ini dilancarkan di Mentari Court, Petaling Jaya, Selangor awal pagi tadi.

Operasi berskala besar ini disertai 200 anggota polis DiRaja Malaysia PDRM, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara JPN. Ia dilancarkan bermula jam 6 petang semalam dan berakhir kira kira jam 6 pagi tadi.

Secara keseluruhan seramai 120 warga asing dari pelbagai negara ditahan. Kesemua mereka melakukan pelbagai kesalahan imigresen seperti tiada dokumen perjalanan diri, dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.


Heroin dan pil khayal


5 rakyat tempatan juga turut ditangkap sepanjang 12 jam operasi ini dijalankan. Mereka didapati memiliki dadah heroin dan pil khayal.  Suspek berusia antara 27 hingga 54 tahun.

Operasi dilancarkan di Desa Mentari ini kerana  indeks jenayah di kawasan ini amat tinggi dan perlu dikawal terutama menjelang sambutan aidilfitri tidak lama lagi.
"Wanita asing yang terjun dari tingkat 2 sebuah pangsapuri di kawasan operasi dijalankan mengalami kecederaan patah kaki. Wanita berusia 30-an ini dihantar ke hospital untuk rawatan. Tangkapan lain pula dibawa ke Ipd petaling jaya dan jabatan imigresen untuk tindakan lanjut" ujar ACP Azmi Abu Kassim, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ketika ditemubual oleh pemberita MKL Crimedesk.
Operasi sempena Op selamat ini akan diteruskan di kawasan hotspot jenayah sepanjang musim perayaan ini.






0 comments:

Post a Comment