Tuesday, July 15, 2014

Filled Under: , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Pekerja Myanmar Dibunuh Kejam



14 Julai 2014 - Sungai Buloh, Selangor. Kerana tersilap cakap, perbualan mencetus pergaduhan menyebabkan seorang pekerja kilang mati ditikam oleh rakan sekerjanya. 


Kejadian berlaku kira kira jam 8 malam ketika mangsa bersama 4 lagi pekerja warga Bangladesh berada di dalam kilang perabut di Kg Baru Sg Buloh. 

Mangsa rebah berlumuran darah!


Suasana tegang itu bertukar cemas sebaik mangsa rebah berlumuran darah. Beberapa pekerja asing yg berada di dalam kilang bertempiaran lari. Pemandu lori rakyat tempatan yang terdengar bunyi kecoh turun dari pejabat dn mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun pegawai perubatan yang tiba mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Pemeriksaan forensik menemui kesan tikaman dan ditetak pada bahagian dada dan kepala.

Polis mendapatkan keterangan pemandu lori dan majikan bagi mengenalpasti suspek dan motif kejadian. Mayat warga Myanmar berusia awal 20an itu dihantar ke hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.



0 comments:

Post a Comment