Saturday, July 5, 2014

Filled Under: , , , , , , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | Polis Tahan Agen Bookie



5 Julai 2014 - Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Lebih 50 kaki judi terpaksa berputih mata apabila seorang agen 'bookie' Piala Dunia 2014 ditahan ketika rancak menerima pertaruhan bagi 2 perlawanan yang berlangsung malam tadi.

Suspek berusia 30 an itu ditahan disebuah pusat snuker bersebelahan sebuah restoran di Kuchai Lama ibu negara.

Ketika diserbu pelanggan yang bertaruh leka menyaksikan perlawanan di restoran bersebelahan.

Pertaruhan Bookie Dirampas


Serbuan bahagian perjudian D7 IPK Kuala Lumpur diketuai ASP Eu Kee Leong itu bagaimanapun tidak menahan pelanggan terbabit kerana berada di luar premis pusat snuker.
Buku log dan 2 buah komputer untuk pertaruhan bookie dirampas.

Semakan mendapati, agen membenarkan pertaruhan tanpa had.  Dan wang pertaruhan yang dimenangi akan dituntut di pusat snuker berkenaan selepas tamat perlawanan.

Turut disita adalah 20 buah komputer perjudian online jenis roullete yang ditemui di sebuah bilik dalam pusat snuker terbabit. 2 pelanggan ditahan. Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Brickfields untuk tindakan lanjut.






















0 comments:

Post a Comment