Friday, July 11, 2014

Filled Under: , , , , , , , ,

Polis Selangor Gempur Premis Judi Haram Mesin Slot Komputer


10 Julai 2014 - Ampang, Selangor. 
"Di hadapannya penuh dengan gerai-gerai makan tapi di belakang ada tempat sulit menempatkan mesin slot komputer judi haram," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat.


Tidak kira di dalam bulan Ramadhan PDRM akan menggerakan anggota dan pegawainya menggempur habis-habisan premis judi yang kini dianggap sebagai satu anasir penyebaran penyakit sosial.



Datuk Abu Samah Mat berkata sindiket perjudian atas talian ini terlalu licik sanggup melabur dgn modal yg besar bagi mempengaruhi masyarakat khususnya bependapatan sederhana.

Ini terbukti dalam serbuan Ops Dadu di 6 premis serentak di sekitar Ampang malam tadi.  Soal siasat mendapati 6 premis ini dikepalai oleh satu tokeh.

Berdasarkan statistik tahun 2014 dlm tempoh 6 bulan pertama 1,617 serbuan dibuat. Dari jumlah itu 1,739 orang telah ditangkap dan 28 ribu komputer judi serta sejumlah wang tunai RM163 ribu ringgit telah dirampas.
Abu Samah juga memohon agar orang ramai jangan hanya berpeluk tubuh sebaliknya perlu salurkan maklumat pada Pihak Berkuasa samada polis maupun Pihak Berkuasa Tempatan.

Hanya 10% Polis Bercuti Semasa Aidilfitri

Dalam perkembangan yg sama hanya 10 peratus warga PDRM Selangor diberi cuti pada musim perayaan Aidilfitri ini bagi melaksanakan tanggungjawab dalam menjaga keamanan dan keselamatan dalam ops selamat.



0 comments:

Post a Comment