Saturday, August 30, 2014

,

WE ARE HIRING! Broadcast Journalist (Part/Fulltime)

Broadcast journalists research, investigate and present news and current affairs for television, radio and the internet. Their aim is to present information in a fair, balanced and accurate way through news bulletins, documentaries and other factual programmes.

Broadcast journalists can fill a number of roles within the media including editor, reporter, presenter/news anchor, producer and correspondent.

Typical work activities

Although exact duties and responsibilities will vary from role to role and between television and the internet, broadcast journalists will generally be involved in many of the following duties on a daily basis:
  • generating ideas for stories and features and following leads from news agencies, the police, the public, press conferences and other sources;
  • pitching ideas to editors and commissioners;
  • researching and collating evidence and information to support a story using relevant information sources such as the internet, archives, databases, etc.;
  • writing scripts for bulletins, headlines and reports;
  • selecting appropriate locations, pictures and sound and exercising editorial judgement on the best angle to approach a story from;
  • identifying necessary resources and deploying/managing technical crews for location shoots, including sound operators and camera crew;
  • providing directorial input, advising crews on what to film or record;
  • using portable digital video (DV) cameras and other equipment to record material and appropriate editing software to produce complete packages for broadcast;
  • preparing and presenting material 'on air' for both pre-recorded and live pieces;
  • identifying potential interviewees, briefing them, preparing interview questions and conducting both live and recorded interviews;
  • preparing timings for each news item and monitoring these during broadcast;
  • deciding on the running order for bulletins and making any necessary changes during broadcast;
  • developing and maintaining local contacts and assuming a public relations role;
  • understanding and complying with media law and industry codes of conduct.
email us at mklcrimedesk@gmail.com with your resume.
, , ,

Operasi Narkotik Kajang: 51 Penagih Dadah Ditahan



29 Ogos 2014 - Balakong, Selangor. Lagi jenayah melibat dadah. Persoalannya , sejauh manakah tindakan yang diambil pihak berkuasa bagi membanteras jenayah dadah ini?

Operasi bermula jam 6 pagi diketuai ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Md Tahir Kassim turut melibatkan 11 pegawai dan 72 anggot Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Selangor dan IPD Kajang, dibantu pasukan STING Bukit Aman di sekitar Kajang.
Hasilnya, 51 penagih berusia antara 21 hingga 61 tahun dicekup. 3 diantaranya adalah penjenayah dikehendaki polis.

Pihak polis juga telah mengenalpasti dan masih memburu 7 suspek utama yang bertindak sebagai pengedar dadah. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Kajang untuk tindakan susulan.





Thursday, August 28, 2014

, , , ,

MKL Crimedesk | Mayat Dalam Longkang



27 Ogos 2014 - Ampang, Selangor. Disangkakan sampah... rupanya mayat seorang lelaki yang ditemui di longkang tepi Jalan Wawasan Ampang pagi tadi. Kejadian disedari orang awam kira-kira jam 8 pagi tadi ketika melalui kawasan itu. 

Koyak Di Kepala dan Luka Di Belakang Badan

Terkejut dengan penemuan itu, polis dihubungi. Hasil pemeriksaan forensik mendapati ada kesan koyak dikepala dan luka di belakang badan.

Berasal dari Sarawak

Mangsa yang lengkap berpakaian itu didapati berusia 29 tahun dan berasal dari Sarawak. Menurut Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Supritendan Md Nadzri Zawawi berkata, mangsa dipercayai mati kurang dari 24 jam. Bagaimanapun kes setakat ini dilakukan mengikut kematian mengejut sehingga keputusan bedah siasat selesai. Mayat dibawa ke Hospital Ampang.



, ,

MKL Crimedesk | Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi Maut



26 Ogos 2014 - Kuala Lumpur. Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah hilang kawalan di satu selekoh di lebuhraya Mahameru menghala ke Petaling Jaya  awal pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 malam tadi ketika mangsa yg menunggang laju motosikal jenis Kawasaki Versys tergelincir sebelum terjatuh di tengah jalan. 

Berlanggar Sesama Sendiri

Ketika kejadian jalan licin kerana hujan. Insiden itu turut menyebabkan dua buah kereta jenis Myvi dn Audi  berlanggar sesama sendiri berhampiran tempat kejadian. Namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Cedera parah di kepala

Mangsa yg terbunuh dikenali ssbagai NGO GHEE SEE 60 tahun dan menetap di Taman Sea, Petaling Jaya mengalami cedera parah di kepala. Polis sedang mengambil keterangan beberapa pengguna jalanraya yang menyaksikan kejadian itu.

Mayat dihantar ke HKL untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut seksyen 41 Akta Pengangkitan Jalan.


















, , , , ,

MKL Crimedesk | GRO Gebu Di Cekup



25 Ogos 2014 - Damansara, Selangor. Lagi sarang gro asing di serbu. Kali ini di sebuah pusat hiburan yang terletak tak sampai 1 kilometer dari Balai Polis Damansara.

Leka Menyanyi

Sedang leka menyanyi untuk menghiburkan lebih 50 pelanggan, 12 gro asing akhirnya diberkas malam tadi. Serbuan Bahagian Maksiat D7 IPK Selangor dan pasukan Cantas Wanita serta dibantu anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Serdang, Kuala Langat dan Hulu Selangor itu dilakukan hasil intipan seminggu.
Dari pusat hiburan ke hotel bajet
Gerakan pelanggan yang kerap membawa wanita asing dari pusat hiburan ke hotel bajet berdekatan membongkar kegiatan itu.  Hasil semakan, 6 darinya warga Thailand, 5 China dan seorang Laos menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Agen Sindiket Pelacuran

Seperti kebiasaan, jualan kalungan bunga dan minuman keras dijadikan tips bagi mereka. Seorang penjaga tempatan dan 2 lelaki pekerja asing diberkas. Polis percaya ada agen sindiket pelacuran membekalkan mereka. Kesemua mereka yang ditahan berusia 22 hingga 39 tahun dibawa ke Balai Polis Damansara untuk tindakan lanjut.















Monday, August 25, 2014

, , , ,

MKL Crimedesk | D7 Bukit Aman Gempur Pusat Hiburan Di Melaka


24 Ogos 2014 - Melaka. Serbuan demi serbuan dilakukan , namun pusat pusat hiburan ini masih giat melakukan aktiviti pelacuran. Dan pada malam ini, pusat hiburan ala karoke sekitar Melaka digempur polis bahagian pencegahan jenayah, maksiat, perjudian dan kongsi gelap D7 Bukit Aman.

Pelacur Cedera Cuba Lari

Menyedari kehadiran pihak polis,  penjaga pusat hiburan bertindak mengunci premis namun tindakan pantas anggota berjaya memecah masuk ke dalam premis ini. Operasi jam 12.45 pagi diketuai ASP Shahrulnizam bersama 3 pegawai dan 20 anggota ini dibantu Cantas Wanita. Ketika serbuan dilakukan,  pelacur terbabit bertindak nekad melarikan diri sehingga menyebabkan kecederaan sebelum berjaya dicekup pihak polis.  Hasilnya , 8 pelacur warga asing dicekup ketika sedang leka melayan pelanggan .

Remaja Melayu Bawah Umur turut ditahan

Sementara itu, polis menemui beberapa jenis dadah dan hasil siasatan mendapati dadah dibekalkan pusat hiburan kepada pelanggan. Seramai 82 orang pelanggan juga ditahan bagi ujian saringan air kencing. Turut ditahan adalah remaja melayu bawah umur perempuan berusia 16 tahun yang ditahan sebab memasuki pub.

Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Melaka Tengah Untuk tindakan susulan.




















Sunday, August 24, 2014

, , , , ,

MKL Crimedesk | Samun Tembak Di Klang



23 Ogos 2014 - Klang, Selangor. Seorang lelaki nyaris maut setelah ditembak beberapa das sekumpulan suspek di sebuah pusat beli belah di Klang, Selangor petang tadi. Siasatan awal mengsyaki kejadian bermotifkan samun.

Ditembak Beberapa Das

Insiden di tingkat bawah tanah tempat letak kereta pusat beli belah tersebut berlaku kira-kira pukul 3.45 ptg.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Kamarulzaman Mamat, mangsa, 31 tahun dikatakan diekori dari suspek dari sebuah lokasi. Sebaik ingin masuk ke pusat beli belah itu, 3 suspek dipercayai menyerangnya dan berlaku pergelutan. Dia kemudian ditembak beberapa das.

Mangsa di hospital

Ketika melarikan diri, kumpulan penjenayah turut membawa bersama bebrapa barang berharga milik mangsa.
Mangsa yang kini menerima rawatan di Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang dilaporkan stabil. Jumlah kerugian dan barang yg disamun masih disiasat.

Kes dirujuk mengikut seksyen 395/397 KK kerana samun berkawan dan Akta Senjata Api (penalti lebih berat)1971.


Saturday, August 23, 2014

, , , , , , , ,

MKL Crimedesk | OPS Cantas Gempur Pusat Pelacuran



22 Ogos 2014 - Klang, Selangor. Aduan demi aduan memaksa Bahagian Maksiat dan Kongsi Gelap D7 Bukit Aman menggempur sarang maksiat di sekitar Klang.

Sarang Pelacuran dan hiburan penjenayah

Bukan saja premis hiburan itu dijadikan tempat sarang  pelacuran sebaliknya ianya juga dijadikan sebagai tempat hiburan penjenayah.

Operasi diketuai DSP Prabakaran bersama 10 pegawai dan 40 anggota dibantu pasukan cantas pelacuran wanita Bahagian Pencegahan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan kongsi gelap, D7 Bukit Aman menyerbu 10 premis secara serentak di Bukit Tinggi Klang.

Lelaki Dikehendaki Polis Antara Turut Dicekup

37 gro warganegara asing antara yang dicekup di pusat hiburan ala karaoke. Antara kesalahan ialah menyalahguna pas lawatan sosial dan tiada kokumen perjalanan yang sah. Turut diperiksa adalah 140 pelanggan pusat hiburan tersebut. Seorang lelaki Cina awal 30 an yang dikehendaki polis atas rekod lampau seksyen 506 iaitu ugutan jenayah turut dicekup ketika leka berhibur .

Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Klang Utara dan IPD Klang Selatan untuk tindakan susulan .

, ,

MKL Crimedesk | Penyamun Gempal Berjaya Rompak Emas 1 Juta



23 Ogos 2014 - Cheras, Kuala Lumpur. Tak sampai 3 minit 4  penjenayah memakai topeng muka melarikan 20 dulang barang kemas bernilai hampir sejuta ringgit di dalam sebuah  pasaraya besar di Taman Conaught, Cheras.

2 Penjenayah Memegang Tukul, 1 Memegang Senjata Api

Kejadian berlaku kira kira jam 3 petang tadi ketika 2 pekerja sedang menguruskan kaunter barang kemas yang kemudiannya didatangi 4 penjenayah, 2 memegang tukul dan seorang lagi memegang senjata menyerupai senjata api. Suspek yang tanpa sebarang dialog bertindak memecah cermin pameran dan melarikan barang kemas. Suspek melarikan diri naik sebuah kenderaan yang diletakkan di hadapan premis..

Suspek Bertubuh Besar

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras SUPT Abdul Rahim Hamzah berkata berdasarkan keterangan saksi, suspek bertubuh besar disyaki berusia awal 30 an. Polis masih mendapatkan rakaman litar tertutup CCTV premis. Anggaran kerugian sebenar dalam siasatan.











Friday, August 22, 2014

, , , , ,

MKL Crimedesk | Pencuri Wang Mangsa MH370 Di Dakwa



20 Ogos 2014 - Jalan Duta, Kuala Lumpur. Susulan kes curi duit penumpang pesawat MH370 yang dikesan minggu lalu, reman suspek pencuri wang mangsa MH370 yang juga pasangan suami isteri disambung sehingga Rabu selepas tamat semalam. 

Siasatan mengenainya kini berada di peringkat akhir dan kertas siasatan dijangka lengkap esok atau lusa.  Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Mohd Isa, pasukan penyiasat dijangka menghantar kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh terdekat. 

Pada masa sama, usaha memburu seorang lagi suspek iaitu warga Pakistan yang dikenali sebagai Ali Farran giat dijalankan.

"Kita dah buat semakan, kita percaya masih berada dalam Malaysia. Takda petunjuk menyatakan dia dah berlepas keluar," kata Datuk Tajudin.


Warga Pakistan berusia awal 30an itu disyaki bersekongkol dengan pasangan suami isteri berkenaan. Suspek wanita adalah kakitangan bank yang disyaki terbabit meluluskan proses pembaharuan kad pengeluaran wang automatik (ATM).




Wednesday, August 20, 2014

, , , ,

MKL Crimedesk | 2 Wanita Indonesia Dijadikan GRO



20 Ogos 2014 - Seri Kembangan, Selangor. Terlepas dari kandang harimau, termasuk pula ke mulut buaya. Kononnya melarikan diri daripada dijual individu tidak bertanggungjawab... sudahnya dia dipaksa jadi hamba seks di sebuah pusat refleksologi mewah dekat Seri Kembangan. Itu nasib 2 remaja warga Indonesia  yang dicekup bersama 33  gro asing malam tadi.  


Berpakaian Seksi

Serbuan bahagian maksiat D7 Bukit Aman dilakukan dengan hasil penyamaran. Dan ketika premis digempur... kesemua mereka berpakaian seksi dan ada pasangan yang sedang melakukan seks. Hasil semakan lanjut, 26 daripadanya warga Vietnam, 5 Thailand, 2 Indonesia dan 2 China berusia seawal 17 hingga 32 tahun. Ada yang pas lawatan tamat tempoh dan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.

Pakej 100 ringgit

Risikan mendapati sindiket cuba menipu mangsa dengan menawarkan pekerjaan sebagai pembantu kedai. Premis itu juga dilihat kerap dikunjungi pelanggan sehingga awal pagi. Bayaran pakej dikenakan sekitar 100 ringgit. Kondom dan peralatan seks ditemui.

Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut.








, ,

MKL Crimedesk | GRO Ala Jururawat



19 Ogos 2014 - Kota Damansara, Selangor. Gro berpakaian seragam ala jururawat...Itu taktik sebuah pusat hiburan 2 tingkat yang saban malam sarat dengan pengunjung. 

Kegiatan tak bermoral yang menganggu ketenteraman penduduk setempat berakhir setelah digempur polis malam tadi. 3 pondan antara 36 gro asing yang diberkas malam tadi.

Warga Thailand dan Vietnam

Serbuan bahagian maksiat D7 Bukit Aman jam 12.30 pagi yang diketuai ASP Shahrulnizam Jaafar dilakukan hasil penyamaran. Setelah disemak, 26 daripadanya warga Thailand dan 10 Vietnam berusia antara 20 hingga 30 tahun hanya memiliki pas lawatan sosial. 

Khidmat Seks 

Hasil jualan kalungan bunga dan selempang dijadikan tips sekitar 50 ringgit. Seperti kebiasaan, gro boleh ditempah keluar untuk khidmat seks yang dilakukan di hotel bajet berdekatan. Pakej yang ditawarkan antara 400 hingga 600 ringgit semalam. 

Seorang penjaga ditahan. Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.






Tuesday, August 19, 2014

, , , ,

Konkrit MRT Jatuh - 3 Pekerja Bangladesh Maut



18 Ogos 2014 - Sg. Buloh, Selangor. 3 pekerja warga Bangladesh maut apabila blok seberat 300 tan menghempap mereka di tapak projek pmbinaan MRT jajaran Sg Buloh ke Selatan malam tadi.

Terjatuh Setinggi 20 meter

Kejadian berlaku kira kira jam 8.30 malam ketika mangsa berada di atas ketika proses pemindahan blok berkenaan. Malang tidak berbau, mangsa terjatuh setinggi 20 meter sebelum blok terbabit menghempap mereka.

Manga Hancur

3 jentera bersama 30 anggita bomba dari Sg Buloh, Taman Tun Dr Ismail dan Damansara dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Mohd Habibharul, Timbalan Penolong Pengarah Bomba Selangor, mangsa pertama yang hancur yang dikenali ialah Farouk Khan Mohd Elahi Hussain yang berjaya dikeluarkan pada jam 2.30 pagi.

Bomba terpaksa membuat tunnel link dengan mengorek lubang di tepi blok bagi mengeluarkan mangsa.
Kerja-kerja mengeluarkan mangsa masih dijalankan.
Petugas JPAM, Ambulan. Polis dan SPAD masih tempat kejadian.






, , , ,

MKL Crimedesk | Gedung Kamdar Terbakar



19 Ogos 2014 - Jalan TAR, Kuala Lumpur. Gedung tekstil popular di jalan Tunku Abdul Rahman di sini terbakar. Bagaimanapun api dapat dipadamkan oleh pihak Bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian sejurus laporan mengenainya dibuat oleh kakitangan gedung tersebut.



Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerugian setakat ini belum ditaksirkan.






Sunday, August 17, 2014

, , , , ,

Sindiket Penipuan " FLY BY NIGHT"



15 Ogos, 2014 - SHAH ALAM – Polis memberkas lima individu termasuk dalang sindiket penipuan  'fly by night' yang menipu syarikat pembekal peralatan dan minyak pelincir kenderaan bernilai RM900,000. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor Asisten Komisioner Chong Mun Phing berkata, suspek  berusia dalam lingkungan 23 hingga 70 tahun itu ditahan di sebuah premis perniagaan di Taman Perindustrian Puchong, Rabu lalu.
“Kita turut merampas 10 tong besar berisi 200 liter minyak pelincir, 150 tong (18 liter) minyak pelincir, 23 kotak minyak pelincir pelbagai jenis, 10 tin minyak gris, 10 unit bearing clutch lori, enam tayar lori, dokumen urusniaga dan sebuah peralatan komputer yang dianggarkan bernilai RM51,000,” katanya.

Bayar Cek Tertunda

Menurutnya, modus operandi sindiket berkenaan adalah suspek mendaftarkan nama syarikat dan menyewa premis sebelum membeli barang seperti minyak pelincir, tayar, alat ganti dan peralatan membaiki kenderaan dengan membayarnya menggunakan cek tertunda atau postdated cheque.
“Sindiket berkenaan meminta tempoh kredit tiga bulan untuk barangan yang dipesan. Sindiket berkenaan juga akan membayar dengan menggunakan wang tunai apabila membeli barang dalam kuantiti yang sedikit bagi menyakinkan mangsa,” katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, mangsa tidak dapat menunaikan cek berkenaan kerana sindiket terbabit  telah menutup akaun.
“Suspek akan melarikan diri sebelum tempoh kredit tamat, pihak bank pula akan memaklumkan cek yang diberikan kepada mangsa adalah cek tendang,” kata Mun Phing lagi dan berkata setakat ini pihaknya telah menerima 21 laporan polis terhadap syarikat yang dipercayai aktif sejak April lalu. Siasatan juga mendapati ketua sindiket terbabit dikehendaki polis kerana terlibat dengan jenayah sama di Kota Tinggi, Johor, enam tahun lalu. 
Polis turut mengesan dua lelaki yang dikenali sebagai Lee Koio Oon, 64, dan Lau Hock Chee, 41, yang dipercayai dapat membantu siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu terbabit, boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Mohammad Adam di talian 03-55146659Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.




















Friday, August 15, 2014

, , , , , ,

ALI FARAN DIBURU, KELUAR WANG PENUMPANG MH370


15 Ogos 2014 - Kuala Lumpur. Polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Ali Faran bagi membantu siasatan kes kehilangan wang lebih 100 ribu ringgit daripada empat akaun milik penumpang MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Lelaki warga Pakistan itu dipercayai turut bersekongkol dengan pasangan suami isteri yang ditahan oleh polis di Ampang petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP IZANY ABDUL GHANY berkata alamat terakhir Ali Faran yang berusia awal 30-an ialah di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. 

Semalam seorang wanita yang juga pekerja sebuah bank dan suaminya ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan wang dari akaun penumpang MH370 berkenaan. Wanita itu ditahan di rumahnya di Ampang Saujana manakala suaminya ditangkap di sebuah bengkel di Ampang kira kira jam 4 petang. Wanita yang bertugas sebagai kerani bank disyaki terbabit dalam meluluskan proses pembaharuan kad pengeluaran wang automatik ATM akaun milik salah seorang mangsa.

ACP Izany juga mengesahkan 6 lagi individu telah dipanggil untuk membantu siasatan. Wanita yang ditahan itu sudah diarahkan bercuti oleh pihak bank. Ia bagi membolehkan siasatan berhubung kehilangan wang itu dilakukan.

Sedutan berita penahanan pasangan suami-isteri di akhbar Harian Metro semalam:-




, , , , , ,

Lagi Kes Buang Bayi: Ditemui Mati Dalam Longkang

Cukup Sifat dan Masih Ada Talipusat


14/8/14 - MAYAT seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui di dalam sebuah longkang belakang deretan rumah teres kira-kira jam 9 pagi tadi di Taman Seri Sg Pelek,Sepang. Menurut Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang berkata,mayat bayi yang dianggar dua kilogram itu telah dijumpai oleh penduduk di situ. 

Kesan Calar Terkena Batu Longkang


Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan awal ke atas mayat bayi yang berkulit cerah itu menemui kesan calar pada dahinya dipercayai terkena batu pada longkang. Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Serdang untuk disiasat.#dtrrangers #dtrnews


Thursday, August 14, 2014

, , , , , ,

Curi RM100 ribu Wang Mangsa MH370 - Orang Dalam Terlibat



14 Ogos, 2014 -  Putrajaya, Wilayah Persekutuan. Polis telah mengenal-pasti suspek utama yang melesapkan wang tunai lebih RM100,000 dari akaun sebuah bank milik empat penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abuk Bakar berkata, suspek utama itu yang dipercayai orang dalam bank berkenaan sedang diburu pihak polis.

Suspek Sudah Dikenalpasti


" Kita dah dapat pengenalan suspek itu, dan kita juga percaya ini ada kerjasama orang dalam di bank berkenaan dan kita sedang memburu mereka. Suspek yang kita buru itu sudah dikenal-pasti," kata Tan Sri Khalid.
Beliau mengulas demikian selepas menghadiri Himpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya siang tadi. Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.



, , , , , ,

MKL Crimedesk | Mayat Afrika Tersangkut Di Perangkap Sampah



13 Ogos 2014 - Bangsar, Kuala Lumpur. Sangkanya bungkusan sampah tersangkut di batu rupanya mayat seorang warga Afrika. Mayat bertubuh besar tu ditemui berhampiran projek perumahan rakyat Pantai Ria, Bangsar kira kira jam 5.30 ptg tadi. Kejadian disedari pemancing yang melalui bawah jambatan terbabit. 

Tubuh Mangsa Kembung

Satu jentera bersama 7 anggota bomba dari Seputih dikejarkan ke tempat kejadian. Pemeriksaan menemui dompet dan sekeping gambar. Berdasarkan pada tubuh badan mangsa yang telah kembung, dipercayai mangsa mati kurang dari 24 jam.

Bedah Siasat Esok

Punca kematian dan kecederaan mangsa akan diketahui selepas bedah siasat pagi esok. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.









, , , , , ,

LA ODE KE TALI GANTUNG: Perompak & Pembunuh Kerani Ambank



14 Ogos 2014 - Shah Alam. Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas pengawal keselamatan, La Ode Ardi Rasila selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan. La Ode, 37 didapati bersalah membunuh dan melakukan rompakan dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, tahun lalu.



Gagal Menimbulkan Keraguan Munasabah


Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu setelah berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Ketika membacakan penghakimannya, hakim berkata keterangan-keterangan dibuat oleh tertuduh ketika membela diri turut menyokong keterangan dibuat oleh saksi pendakwaan. Tertuduh turut mengaku merancang untuk melakukan rompakan dan memikirkan cara untuk melarikan diri selepas melakukan rompakan.

25 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan. La Ode,yang berasal dari Indonesia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bangunan AmBank, Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, di antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013. 

Pendakwaan dibuat Ketua Unit Pendakwaan Selangor,Mohd Azari Harun dan Timbalan Pendakwaraya Mohd Asyaraf Md Kamal mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.



Tuesday, August 12, 2014

, , , , , , ,

OPS Cantas Khas Selangor Berkas 53 Pendatang Asing di Rawang



12 Ogos 2014 - Rawang, Selangor. Kawasan pangsapuri Palma di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor yang menjadi sarang penagihan dadah dan penempatan warga asing diserbu. Hasil Ops Bersepadu itu, seramai 53 pendatang asing tanpa izin PATI termasuk 23 penagih dadah ditangkap.

Berakhir Lewat Pagi

Ops cantas khas bersepadu dengan kekuatan 250 anggota dari Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan PDRM Selangor yang diketuai oleh ACP Rooslan Radzi, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor   ini dijalanlan bermula lewat petang dan berakhir lewat pagi. Serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihak berkuasa sejak seminggu lepas mengenai kebanjiran warga asing dan penagih dadah di kawasan yang mempunyai 16 blok ini. Lokasi ini juga kerap dilaporkan kes samun dan jenayah ragut.

53 Pendatang Asing Tanpa Dokumen dan 23 Penagih Dadah

Hasil pemeriksaan mengejut ketika kebanyakan penghuninya sedang nyenyak tidur, 53 warga asing didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah. Malah 23 daripada mereka didapati penagih dadah.
Kesemua yang ditahan dibawa ke balai Polis Rawang yang berdekatan. 

Warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah akan disiasat oleh Jabatan Imigresen untuk tindalan lanjut. Suspek yang positif dadah pula akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan undang undang.