Saturday, August 2, 2014

Filled Under: , , , ,

Insiden Tembak Membabi-buta di Banting: 3 Suspek ditahan polis

31 Julai 2014 - Banting, Selangor. Susulan dari berita insiden tembakan membabi-buta di hadapan Gereja Jalan Jugra, pihak polis telah menahan 3 lelaki berhubung kes tembakan rambang tersebut. Insiden ini telah mengakibatkan seorang penumpang sebuah kereta cedera semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim berkata ketiga-tiga suspek ditahan di tempat kejadian sebaik polis menerima laporan dibuat oleh adik ipar mangsa.

Dalam kejadian jam 4.45 petang semalam, peluru sesat itu terkena bahagian kepala penumpang kereta yang dikenali sebagai Muhamad Syukur Shafie 31 tahun. Mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.


Motif kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata.

0 comments:

Post a Comment