Friday, August 15, 2014

Filled Under: , , , , , ,

ALI FARAN DIBURU, KELUAR WANG PENUMPANG MH370


15 Ogos 2014 - Kuala Lumpur. Polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Ali Faran bagi membantu siasatan kes kehilangan wang lebih 100 ribu ringgit daripada empat akaun milik penumpang MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Lelaki warga Pakistan itu dipercayai turut bersekongkol dengan pasangan suami isteri yang ditahan oleh polis di Ampang petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP IZANY ABDUL GHANY berkata alamat terakhir Ali Faran yang berusia awal 30-an ialah di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. 

Semalam seorang wanita yang juga pekerja sebuah bank dan suaminya ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan wang dari akaun penumpang MH370 berkenaan. Wanita itu ditahan di rumahnya di Ampang Saujana manakala suaminya ditangkap di sebuah bengkel di Ampang kira kira jam 4 petang. Wanita yang bertugas sebagai kerani bank disyaki terbabit dalam meluluskan proses pembaharuan kad pengeluaran wang automatik ATM akaun milik salah seorang mangsa.

ACP Izany juga mengesahkan 6 lagi individu telah dipanggil untuk membantu siasatan. Wanita yang ditahan itu sudah diarahkan bercuti oleh pihak bank. Ia bagi membolehkan siasatan berhubung kehilangan wang itu dilakukan.

Sedutan berita penahanan pasangan suami-isteri di akhbar Harian Metro semalam:-




0 comments:

Post a Comment