Tuesday, August 5, 2014

Filled Under: , , , ,

Gerai Judi Online Mamak Diserbu Polis Selangor



5 Ogos 2014 - Ampang, Selangor. Depan gerai mamak... belakangnya aktif dengan kegiatan perjudian online. Pintu pula dibuka separa agar kegiatan itu tidak dihidu pihak berkuasa. Namun taktik lapuk 2 buah perjudian online di Ampang Jaya tak bertahan lama setelah dibongkar polis Selangor.

Tak Sempat Angkat Kaki

Ketika diserbu, keasyikan bertaruh menyebabkan 25 tahi judi tak sempat angkat kaki. Serbuan bahagian perjudian D7 IPK Selangor dibantu IPD Ampang Jaya diketuai ASP Mohd Shukri Abdullah berjaya merampas 64 set komputer perjudian. 2 penjaga tempatan juga diberkas.

Pertaruhan hingga 100 ribu ringgit

Hasil risikan mendapati kegiatan itu aktif 24 jam dan membenarkan pulangan pertaruhan sehingga 100 ribu ringgit. Operasi terbabit dilakukan berterusan bagi memerangi kegiatan perjudian sekitar Selangor.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.






























0 comments:

Post a Comment