Wednesday, August 6, 2014

Filled Under: , , ,

GRO Bukit Bintang



5 Ogos 2014 - Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Taktik umpan pelanggan dengan gro asing memang sinonim di pusat-pusat hiburan. Malah ada yang dibuat secara terbuka apabila taktik itu dipromosikan di kaki lima pusat hiburan.

Walaupun berkali-kali dibanteras, keesokan harinya kegiatan itu rancak beroperasi seperti biasa.

Leka Melayan Pelanggan

Buktinya, 20 gro Thailand yang leka melayan pelanggan diberkas dalam Ops Noda malam di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang malam tadi.

Serbuan dilakukan Bahagian Maksiat D7 Bukit Aman diketuai ASP Mohamad Mohd Jais bersama 2 pegawai dan 10 anggota.

Tips 100 Ringgit

Hasil semakan kesemua mereka tiada permit dan hanya menggunakan pas lawatan sosial.  Risikan polis mendapati tips yang diraih bagi setiap pelanggan sekitar 100 ringgit. Dan boleh ditempah keluar untuk tujuan seks dengan kadar bayaran sehingga 600 ringgit semalam. 

Polis masih memburu dalang sindiket pelacuran yang membekalkan wanita ini. Seorang penjaga turut ditahan bagi membantu siasatan.
















0 comments:

Post a Comment