Thursday, August 14, 2014

Filled Under: , , , , , ,

LA ODE KE TALI GANTUNG: Perompak & Pembunuh Kerani Ambank



14 Ogos 2014 - Shah Alam. Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas pengawal keselamatan, La Ode Ardi Rasila selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan. La Ode, 37 didapati bersalah membunuh dan melakukan rompakan dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, tahun lalu.



Gagal Menimbulkan Keraguan Munasabah


Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu setelah berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Ketika membacakan penghakimannya, hakim berkata keterangan-keterangan dibuat oleh tertuduh ketika membela diri turut menyokong keterangan dibuat oleh saksi pendakwaan. Tertuduh turut mengaku merancang untuk melakukan rompakan dan memikirkan cara untuk melarikan diri selepas melakukan rompakan.

25 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan. La Ode,yang berasal dari Indonesia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bangunan AmBank, Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, di antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013. 

Pendakwaan dibuat Ketua Unit Pendakwaan Selangor,Mohd Azari Harun dan Timbalan Pendakwaraya Mohd Asyaraf Md Kamal mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.



0 comments:

Post a Comment