Tuesday, August 5, 2014

Filled Under: ,

Menunggang Motor Ketika Khayal Dadah!



5 Ogos 2014 - Gombak, Selangor. Menunggang dibawah pengaruh dadah. Itu kesalahan 11 individu termasuk seorang wanita yang ditahan dalam Ops Bersepadu Jabatan Pengangkutan Lalan Wilayah Persekutuan malam tadi. Lokasi sekatan jalan dilakukan di Plaza Tol Gombak Lebuhraya Duke bermula jam 8.30 malam.








42 Polis Trafik

Operasi malam tadi dibantu skuad 42 polis trafik, agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Melarikan diri

Memburu samseng jalanan yang kerap menganggu penduduk berdekatan antara alasan operasi dijalankan. Ketika operasi, ada yang bertindak melarikan diri dengan melawan arus trafik, bagaimanapun berjaya dipintas polis.

Hasil 3 jam sekatan jalan dilakukan, 195 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. 13 buah motosikal disita.
Antara kesalahan dikesan adalah tiada lesen dan cukai perjalanan serta bukan warganegara. Kesemua tangkapan berusia 20 hingga 30an ditahan di bawah seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1998.











































0 comments:

Post a Comment