Monday, August 25, 2014

Filled Under: , , , ,

MKL Crimedesk | D7 Bukit Aman Gempur Pusat Hiburan Di Melaka


24 Ogos 2014 - Melaka. Serbuan demi serbuan dilakukan , namun pusat pusat hiburan ini masih giat melakukan aktiviti pelacuran. Dan pada malam ini, pusat hiburan ala karoke sekitar Melaka digempur polis bahagian pencegahan jenayah, maksiat, perjudian dan kongsi gelap D7 Bukit Aman.

Pelacur Cedera Cuba Lari

Menyedari kehadiran pihak polis,  penjaga pusat hiburan bertindak mengunci premis namun tindakan pantas anggota berjaya memecah masuk ke dalam premis ini. Operasi jam 12.45 pagi diketuai ASP Shahrulnizam bersama 3 pegawai dan 20 anggota ini dibantu Cantas Wanita. Ketika serbuan dilakukan,  pelacur terbabit bertindak nekad melarikan diri sehingga menyebabkan kecederaan sebelum berjaya dicekup pihak polis.  Hasilnya , 8 pelacur warga asing dicekup ketika sedang leka melayan pelanggan .

Remaja Melayu Bawah Umur turut ditahan

Sementara itu, polis menemui beberapa jenis dadah dan hasil siasatan mendapati dadah dibekalkan pusat hiburan kepada pelanggan. Seramai 82 orang pelanggan juga ditahan bagi ujian saringan air kencing. Turut ditahan adalah remaja melayu bawah umur perempuan berusia 16 tahun yang ditahan sebab memasuki pub.

Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Melaka Tengah Untuk tindakan susulan.




















0 comments:

Post a Comment