Saturday, August 2, 2014

Filled Under: , , , ,

MKL Crimedesk | Kes Bom Public Bank Selesai


1 Ogos 2014 - Shah Alam, Selangor. Empat daripada lima suspek yang bertanggungjawab terhadap kejadian letupkan mesin ATM Public Bank di Pekan Bukit Beruntung Selasa lepas telah ditahan. Suspek warga tempatan itu ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Puchong.

Seorang suspek masih bebas!

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata polis sedang mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas. Dia dipercayai perancang utama kejadian berkenaan. Soal siasat ke atas suspek mendapati kumpulan itu telah membuat perancangan seminggu lebih awal bagi meletupan mesin ATM di bank berkenaan.

Salah seorang daripada suspek yang ditangkap dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Lembah Klang. Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan. Hasil penangkapan 4 lelaki itu, polis merampas beberapa barangan seperti telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah kereta dan senjata besi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.


0 comments:

Post a Comment