Friday, August 22, 2014

Filled Under: , , , , ,

MKL Crimedesk | Pencuri Wang Mangsa MH370 Di Dakwa



20 Ogos 2014 - Jalan Duta, Kuala Lumpur. Susulan kes curi duit penumpang pesawat MH370 yang dikesan minggu lalu, reman suspek pencuri wang mangsa MH370 yang juga pasangan suami isteri disambung sehingga Rabu selepas tamat semalam. 

Siasatan mengenainya kini berada di peringkat akhir dan kertas siasatan dijangka lengkap esok atau lusa.  Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Mohd Isa, pasukan penyiasat dijangka menghantar kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh terdekat. 

Pada masa sama, usaha memburu seorang lagi suspek iaitu warga Pakistan yang dikenali sebagai Ali Farran giat dijalankan.

"Kita dah buat semakan, kita percaya masih berada dalam Malaysia. Takda petunjuk menyatakan dia dah berlepas keluar," kata Datuk Tajudin.


Warga Pakistan berusia awal 30an itu disyaki bersekongkol dengan pasangan suami isteri berkenaan. Suspek wanita adalah kakitangan bank yang disyaki terbabit meluluskan proses pembaharuan kad pengeluaran wang automatik (ATM).




0 comments:

Post a Comment