Tuesday, August 12, 2014

Filled Under: , , , , , , ,

OPS Cantas Khas Selangor Berkas 53 Pendatang Asing di Rawang



12 Ogos 2014 - Rawang, Selangor. Kawasan pangsapuri Palma di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor yang menjadi sarang penagihan dadah dan penempatan warga asing diserbu. Hasil Ops Bersepadu itu, seramai 53 pendatang asing tanpa izin PATI termasuk 23 penagih dadah ditangkap.

Berakhir Lewat Pagi

Ops cantas khas bersepadu dengan kekuatan 250 anggota dari Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan PDRM Selangor yang diketuai oleh ACP Rooslan Radzi, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor   ini dijalanlan bermula lewat petang dan berakhir lewat pagi. Serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihak berkuasa sejak seminggu lepas mengenai kebanjiran warga asing dan penagih dadah di kawasan yang mempunyai 16 blok ini. Lokasi ini juga kerap dilaporkan kes samun dan jenayah ragut.

53 Pendatang Asing Tanpa Dokumen dan 23 Penagih Dadah

Hasil pemeriksaan mengejut ketika kebanyakan penghuninya sedang nyenyak tidur, 53 warga asing didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah. Malah 23 daripada mereka didapati penagih dadah.
Kesemua yang ditahan dibawa ke balai Polis Rawang yang berdekatan. 

Warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah akan disiasat oleh Jabatan Imigresen untuk tindalan lanjut. Suspek yang positif dadah pula akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan undang undang.





























0 comments:

Post a Comment