Wednesday, August 6, 2014

Filled Under: , , , , , , , ,

Pelajar Ireland mati dibunuh


6 Ogos 2014 - Kuching, Sarawak. Seorang pelajar jurusan perubatan yang membuat praktikal di Hospital Umum Sarawak warga Ireland berusia 23 tahun mati pagi tadi di percayai di pukul oleh lebih dari seorang suspek di hadapan sebuah kedai telekomunikasi di sebelah hotel bujet di Jalan Tunku Abdul Rahman

Bertengkar dan Bergaduh

Sumber polis menyatakan mangsa sebelum kejadian dikatakan telah minum di sebuah pusat hiburan berdekatan dan berjalan melalui kawasan tersebut sebelum bertengkar dan bergaduh dengan sekumpulan lelaki. 

Pisau masih tertusuk di badan

Mangsa juga dipercayai  cuba melarikan diri namun gagal dan mati di hadapan sebuah perhentian bas berdekatan tempat kejadian. Mangsa di percayai di tikam di bahagian belakang dengan sebilah pisau yang masih tertusuk di badannya.

Kelihatan juga unit forensik serta unit anjing polis masih menyiasat di kawasan berkenaan. Difahamkan seorang lelaki suspek tempatan telah ditahan polis berkaitan kejadian tersebut.


0 comments:

Post a Comment