Sunday, August 3, 2014

Filled Under: , , , , , , ,

Pembantu Rumah Filipina Dibunuh























1 Ogos 2014 - Kuala Lumpur. Seorang pembantu rumah warga Filipina ditemui mati disyaki dibunuh di sebuah flat di Jalan Atap, ibu negara malam tadi. Kejadian disedari keluarga majikan kira-kira jam 11 malam ketika baru pulang dari rumah. Curiga dengan pintu rumah tidak berkunci, mereka cuba memeriksa kawasan terbabit sebelum menemui mangsa terbaring dengan berlumuran darah di dalam bilik tidurnya di bahagian belakang.

Seterika Disyaki Senjata Pembunuhan

Ambulan turut ke lokasi kejadian bagi mengesahkan kematian. Pemeriksaan forensik menemui 2 kesan hentakan di bahagian kepala dipercayai menggunakan objek tumpul. Sebuah seterika disyaki senjata pembunuhan dan juga sebilah pisau turut ditemui.

Motif Samun

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad, mangsa berusia 35 tahun bekerja di premis itu lebih setahun lalu dan tinggal bersama majikannya dan seorang ibu majikan yang sakit strok. Ketika kejadian ibu majikan berusia 75 tahun yang lumpuh dan tidak boleh bercakap itu duduk dalam bilik utama. Ibu majikan tidak dicederakan. Bagaimanapun terdapat kesan pergeledahan di bilik majikannya.

Polis percaya kejadian bermotifkan samun. Polis masih menyiasat rakaman litar tertutup di premis berdekatan bagi mengenal pasti suspek. Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.



















0 comments:

Post a Comment