Tuesday, August 5, 2014

Filled Under: , , , ,

Polis Tembak Mati Penyamun Kereta Mewah di Petaling Jaya



4 Ogos, Petaling Jaya - Seorang penjenayah mati ditembak manakala seorang lagi meloloskan diri selepas insiden kejar mengejar yg berakhir di PJS 3/27 Taman Medan Petaling Jaya pagi tadi.

Guna Toyota Alphard Curi

Kejadian dlaporkan sekitar jam 4 pagi tadi ketika pasukan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah IPD Serdang terserempak dengan sebuah toyota alphard dalam keadaan mencurigakan. Sebaik mendapat laporan yang mengesahkan kenderaan terbabit dilaporkan dicuri pd 31 Julai di Puchong, polis terus mengekori.

Memegang parang

Sebaik cuba memintas kenderaan penjenayah, seorang darinya memberhentikan kereta dan keluar dengan memegang parang. Melihatkan suspek bersenjata dua das tembakan dilepaskan mengenai dada. Seorang lagi meloloskan diri. Ekoran kejadian itu, polis menahan seorang lagi rakan suspek di Puchong bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dato Mohd Adnan Abdullah berkata suspek yg mati berusia lingkungan lewat 20anGerakan ops tutup sedang djalankan bagi mengesan sorang lagi suspek yg masih bebas.



























0 comments:

Post a Comment