Saturday, August 9, 2014

Filled Under: , , , , , ,

Takut Dicekup Polis , GRO Menyorok Sampai Pengsan



9 Ogos 2014 - Kepong, Kuala Lumpur. Gengsterisme, dadah, pelacuran dan perjudian; itu yang dapat dibuktikan dalam sebuah pusat hiburan terkenal yang diserbu polis dalam Ops Noda di Kepong awal pagi tadi.

Turut ditahan remaja perempuan positif dadah!

Serbuan yang diketuai ketua penolong pengarah Bahagian Maksiat D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisoner Roslee Chik pada jam 3 pagi itu turut menahan remaja perempuan 15 tahun yang turut positif dadah.
Kekebalan berjaya dibolosi polis

Biarpun pusat hiburan ini dikawal ramai tonto dan kamera litar tertutup CCTV  dari setiap sudut namun kekebalan itu berjaya dibolosi dengan penyamaran anggota polis.

GRO sembunyi bawah lantai selama sejam

Ketika diserbu pusat hiburan ini dikunjungi 280 pengunjung. Pil khayal ketamin dan eramin five dicampakkan ke lantai. Tidak kurang GRO yg sanggup bersembunyi di bawah lantai selama sejam gara gara mengelak diberkas.  43 darinya GRO warga asing dari China, Thailand, Indonesia dan Vietnam.
"Polis akan mencadangkan kepada DBKL agar pusat hiburan ini untuk disenaraihitam kerana telah melanggar syarat dan  peraturan termasuk membenarkan remaja bawah umur memasuki premis hiburan," jelas SAC Roslee Chik.
"Polis juga akan menyiasat dalang-dalang yang bersekongkol dalam setiap serbuan sebelum ini," tegas Roslee lagi.
Pemeriksaan ujian saringan air kencing lebih 20 disahkan positif dadah.  Kesemua mereka dibawa ke IPD Sentul untuk pemeriksaan lanjut.





0 comments:

Post a Comment