Tuesday, September 30, 2014

, , , ,

MKL Crimedesk | Polis Cekup Pelacur Arab di Bukit Bintang, KL


30 September 2014 - Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kerana permintaan tinggi dari kalangan rakan senegara negara-negara Arab, wanita dari Timur Tengah ini sanggup menjual tubuh di pusat-pusat hiburan sekitar ibu negara. Hanya dengan satu malam, mereka yang bergerak secara solo mampu raih keuntungan sehingga 1000 ringgit semalam. 

Pelacur Arab Untung 1k Semalam di Bukit Bintang

Aduan orang awam yang kurang senang dengan kegiatan itu melumpuhkan aktiviti mereka apabila 30 pelacur diberkas di sebuah pusat hiburan dekat Bukit Bintang malam tadi. Serbuan Bahagian Maksiat D7 jam 2 pagi tadi turut mengejutkan lebih 100 pelanggan. 

Ketika diserbu, pelacur berpakaian seksi itu sedang leka melayan pelanggan. Ada juga yang sedang menunggu pelanggan di hadapan premis. Semakan terhadap pelacur itu adalah dari warga Uzbekistan, Turki, Mesir, Iran, Tajikistan dan Maghribi masuk ke negara melalui agensi pelancongan. 

Difahamkan D7 Bukit Aman telah menyerbu premis yang sama sebanyak 4 kali atas aduan sama namun disebabkan permintaan yang tinggi sehingga pelacur dikatakan mendapat bayaran lumayan 500 bagi sekali perkhidmatan seks menyebabkan premis ini meneruskan aktiviti ini.








Monday, September 29, 2014

, , , ,

MKL Crimedesk | Maut Dirempuh Motosikal Ketika Tunggu Bas


29 September 2014 - Petaling Jaya, Selangor. Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah motosikal yang terbabas di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya malam tadi. Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang menunggu bas disebuah perhentian bertentangan Kompleks Seri Setia arah Shah Alam, Selangor.

Mangsa R. Magendran 50 tahun yang bersama ahli keluarganya berada dihujung hentian bas berkenaan dilanggar sebuah motosikal yang terbabas dan tercampak kira-kira 20 meter. Mangsa dari Rumah Pangsa Desa Mentari mengalami kecederaan parah dibahagian kepala meninggal dunia ditempat kejadian.

Motosikal terbabit dipercayai dipandu laju dari arah pusat bandar dan gagal mengelak mangsa. Penunggang motosikal terbabit turut mengalami kecederaan selepas melanggar tiang hentian bas dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk bedah siasat.
Punca kejadian masih dalam siasatan.

, , , , ,

MKL Crimedesk | Pengurus Used Car ditembak Penjenayah


29 September 2014 - Kuala Lumpur. Tanpa sebarang motif , 3 lelaki bertopeng dipercayai pembunuh upahan melepaskan beberapa das tembakan ke atas seorang pengurus syarikat kereta terpakai di Taman Midah, Cheras lewat petang tadi. Satu das terkena mangsa manakala 2 das lagi terkena kerusi.

Pembunuh Upahan tembak Pengurus

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Abdul Rahim Hamzah berkata penjenayah bertindak nekad masuk ke pejabat tanpa sebarang komunikasi.

Polis masih mendapatkan keterangan beberapa pekerja mangsa dan rakaman cctv turut diteliti bagi mendapatkan gambaran insiden berkenaan. Siasatan turut menjurus samada dari persaingan perniagaan, pinjaman along maupun rompakan semata-mata.






, , , , ,

MKL Crimedesk | Geng Latin Godam Mesin ATM RM2 Juta Lesap


29 September 2014 - Kelana Jaya, Selangor. Lagi kes mengodam mesin pengeluaran wang tunai automatik ATM dikesan. Kali ini sekurang-kurangnya sejumlah wang tunai 2 juta ringgit lesap dalam tempoh 24 jam di 7 buah bank cawangan sama di sekitar Selangor. Kejadian disedari pihak bank kira-kira jam 3 petang tadi selepas liputan meluas dari media masa.

Difahamkan, antara lokasi terlibat Kota Damansara, Puchong, Kelana Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Klang dan Kajang. Pemeriksaan forensik ke atas rakaman litar tertutup cctv premis ke semua bank mendapati suspek menggunakan kad untuk membuka skrin mesin terbabit dan memasukkan CD ke dalam sistem komputer disyaki untuk digodam. Wang tunai pula dikeluarkan secara berperingkat.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Mohd Kamarudin Md Din, kejadian hari ini dilakukan pada waktu sama dengan insiden semalam.
Polis yakin ATM terlibat telah digodam oleh suspek berbeza dari kumpulan yang sama berdasarkan modus operandi digunakan.

Kes godam ATM menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih seumpama ini adalah yang pertama berlaku di Malaysia.























Sunday, September 28, 2014

, , ,

MKL Crimedesk | 8 Pegawai Kastam Didakwa Rasuah



29 September 2014 - Kuala Lumpur. 8 pegawai pelbagai pangkat Jabatan Kastam DiRaja Malaysia didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kesalahan menerima rasuah. Mereka didakwa di Mahkamah Seksyen Khas Rasuah Kuala Lumpur di Jalan Duta hari ini. Ia melibatkan 25 pertuduhan berhubung kesalahan menerima rasuah berjumlah dari RM200 hingga RM4000 bagi setiap pertuduhan. 

7 daripada mereka ialah Amran Ismail, 35, Kamarul Asmady Ismail, 37, Mohd Rozlan Ibrahim,57; Mahadir Mohamad, 37; Sahbandi Abdul Manap,36; Jamaludin Zam Zam, 54; dan Som Chit a/l Tiang, 48.

Kesemuanya didakwa di bawah Seksyen 16(A)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Sahbandu turut didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. turut didakwa di bawah kesalahan ini adalah Abdul Rahman Ahmad, 35 tahun.

Kelapan-lapan mereka didakwa di dua kamar berasingan. Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah untuk kesemua kesalahan dan minta dibicarakan.

PERTUDUHAN BAGI AMRAN DAN ABDUL RAHMAN TELAH DIBACAKAN DI HADAPAN HAKIM MAHKAMAH SESYEN, ALAUDEEN ISMAIL. ENAM PEGAWAI YANG LAIN DIBACAKAN DIHADAPAN MAHKAMAH SESYEN, ROSBIAHANIN ARIFIN.

KESEMUA KES AKAN DISEBUT SEMULA PADA 10 NOVEMBER 2014. SETIAP DARIPADA MEREKA DIIKAT JAMIN DARI RM5000 HINGGA RM20,000 DAN SEORANG PENJAMIN.




Friday, September 26, 2014

, , ,

MKL Crimedesk | Pusat Snooker Tawar Judi Internet, Urut & Seks


25 September 2014 - Seri Kembangan, Selangor. Kegiatan judi internet di sebuah pusat snooker terbongkar selepas diserbu dalam operasi bersepadu pihak berkuasa di Pusat Perdagangan Seri Kembangan, tengah malam tadi. Manakala 10 GRO warga asing, 7 daripadanya warga China, 2 warga Vietnam dan seorang warga Indonesia turut diberkas di 2 pusat hiburan dan sebuah rumah urut bersebelahan premis terbabit.

Pusat Urut ada Judi Internet, Urut dan GRO Pelacur

Menurut Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul kesemua premis terbabit beroperasi tanpa lesen. Ketika serbuan pihak berkuasa menemui 30 mesin judi internet disebuah bilik khas di pusat snooker berkenaan.

Sembunyi Dalam Bilik Air

12 pelanggan turut dikenakan ujian saringan air kencing oleh Penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Manakala 8 GRO diberkas selepas penguatkuasa MPSJ memecah pintu masuk sebuah premis beroperasi sebagai rumah urut. 2 lagi ditahan ketika bersembunyi dalam bilik air sebuah premis hiburan. Pemeriksaan turut menemui 4 bilah parang dan sebilah sabit. 30 set unit komputer, 4 set snooker dan beberapa peralatan audio visual dari semua premis terbabit turut di sita.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan Dan Tempat Hiburan, Pindaan 2001.








Monday, September 15, 2014

, , ,

MKL Crimedesk | Rempit Rempuh Penguatkuasa Parah



14 September 2014 - Shah Alam, Selangor. Kerana takut dicekup.... sekatan polis pun sanggup dirempuh. Namun tindakan liar samseng jalanan itu mengundang padah apabila seorang dari anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Shah Alam yang bertugas cedera dilanggar salah seorang dari mereka. Dan salah seorang dari mereka berusia 18 tahun diberkas polis.

Remaja Rempit 18 tahun Diberkas

Insiden itu sempat dirakam krew kami dalam ops bersepadu polis bersama pihak mbsa di Persiaran Perbandaran Shah Alam malam tadi. Operasi bermula jam 12.30 tengah malam bersama 2 pegawai dan 43 anggota diketuai Ketua Trafik Shah Alam DSP Goh Lee Shen itu dilakukan bagi membanteras aktiviti terbabit yang semakin meruncing di daerah itu.

Positif Syabu

Ketika operasi... ada yang sanggup lawan arus. Seorang lelaki turut ditahan selepas didapati positif syabu. Hasil 3 jam operasi... sejumlam 131 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. 53 buah motosikal dan 2 kereta disita. Antara kesalahan yang dilakukan.. tiada atau cukai dan lesen kenderaan tamat tempoh. Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke ipd shah alam untuk tindakan lanjut.


































, , , , ,

MKL Crimedesk | 4 Guru Direman Soalan UPSR Bocor


15 September 2014 - Putrajaya, W. Persekutuan. Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan polis untuk menahan reman 4 lelaki bagi membantu siasatan kes kebocoran kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR 2014 ini. 

1 Guru Besar, 2 Guru dan 1 Ejen Insuran

Mereka terdiri daripada seorang Guru Besar dan 2 guru semuanya dari Pulau Pinang dan seorang lagi ialah ejen insuran dari Kuala Lumpur.

Majistret Nur Dahlia Azmi membenarkan mereka direman selama 4 hari sehingga Khamis ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah Bagi membantu siasatan. Mereka disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi OSA 1972 bagi kesalahan memiliki dan mendedahkan kepada umum bahan yang dikategorikan sebagai Rahsia Kerajaan secara salah.


Sunday, September 14, 2014

, , , , ,

MKL Crimedesk | Suri Rumah Mati Dijerut


13 September 2014 - Ampang, Selangor. Bau busuk seperti bangkai membawa kepada penemuan mayat seorang wanita yang ditemui dijerut di tingkat 2 rumah kedai Ampang malam tadi.

Mati lebih dari seminggu akibat dijerut kain

Kejadian disedari jiran mangsa jam 5 petang semalam yang curiga dengan bau busuk sejak 4 hari lalu. Polis terpaksa memecahkan pintu bagi melakukan pemeriksaan sebelum menemui mangsa. Hasil siasatan forensik, mangsa dikatakan mati lebih dari seminggu dan mendapati mangsa mati akibat jerutan di leher dengan menggunakan sehelai kain.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairuddin Saad, mangsa dikenali sebagai Ranisa Pewina berusia 30an terakhir kelihatan pada Selasa lepas. Tiada kesan pecah masuk serta pergelutan ditemui. Polis masih menyiasat motif pembunuhan. Mayat dibawa ke hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.




Saturday, September 13, 2014

, , ,

MKL Crimedesk | Janji Kerja Restoran Paksa Hamba Seks



















13 September 2014 - Kepong, Kuala Lumpur. Umpan kerja restoran dengan tawaran gaji lumayan, seorang wanita warga Thailand ini akhirnya terjerat dalam sindiket pelacuran selepas dijadikan hamba seks dinegara orang.

Surat Ibu selamatkan anak terus jadi pelacur

Namun hasil titipan surat dari ibunya, polis berjaya mengesan lokasi dan pergerakan sindiket terbabit.
Ia sekaligus melenyapkan azab 6 warga asing dari terus dijadikan pemuas nafsu si hidung belang.
Semua mereka diselamatkan Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIP) Bukit Aman dalam satu operasi khas di beberapa pusat urut dekat di Kepong malam tadi.

Dilarang keluar dari premis

Risikan mendapati wanita terbabit dijadikan hamba seks sejak 3 hingga 4 bulan lalu. Dan sindiket menempatkan mereka di bilik-bilik kecil yang dihuni kira-kira 10 orang. Soal siasat mendapati mangsa mendakwa mereka ditipu sindiket dan individu tertentu yang menjanjikan pekerjaan, namun sebaik tiba mereka diarahkan melacur. Mereka turut dilarang keluar dari premis.

Dalam serbuan serentak di beberapa kawasan, 20 gro warga asing ditahan di sebuah pusat hiburan berhampiran. Turut ditahan seorang peniaga. Serbuan ketiga di pusat judi menahan 5 pekerja asing dan merampas 20 unit komputer judi dalam talian. Kesemua mereka dihantar ke IPD Sentul untuk siasatan lanjut.
, , ,

MKL Crimedesk | Misteri Kedai Barang Lusoh Operasi Tengah Malam



12 September 2014 - Jinjang, Kuala Lumpur. Misteri sebuah kedai barang lusuh yang hanya beroperasi pada lewat malam terjawab apabila ia didapati menjadi markas geng curi kereta.  3 suspek yang dicekup didapati mempunyai 12 rekod jenayah termasuk kes bunuh. 

Bengkel Tempat Meleraikan Kenderaan Curi

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy, kegiatan suspek berjaya dibongkar pasukan khas siasatan IPD tengah malam tadi.  Siasatan mendapati, bengkel yang beroperasi di Jinjang Utara itu djadikan tempat meleraikan kenderaan curi. 

100 tong gas turut dirampas

Suspek berusia dalam lingkungan 30an dicekup. Tiga buah kereta, dua lori dan satu bangkai kereta ditemui.  Turut dirampas, lebih 100 tong gas dipercayai muatan salah sebuah lori yang dicuri. 

Pemeriksaan mengesyaki komponen kenderaan yg dileraikan, dijual ke bengkel-bengkel kenderaan. Geng terbabit dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu dan terlibat mencuri kenderaan sekitar Jinjang dan Kepong. Kes disiasat mengikut seksyen 379a kk dan 411kk. 

















, , , , , ,

MKL Crimedesk | Bom Meletup Suri Rumah Nyaris Maut


13 September 2014 - Sungai Buloh, Selangor. Seorang surirumah nyaris maut setelah kereta yg hendak dipandunya meletup dan menyebabkan 30 peratus kenderaannya rosak.
Kejadian berlaku di hadapan rumahnya di jalan 4D Kg. Subang, Selangor.

Bom Granite bawah kereta

Jiran dan penduduk bergegas ketempat kejadian. Panik dengan situasi itu polis dikejarkan ke tempat kejadian dan mendapati letupan itu berpunca dari bom granite yang diletakkan di bawah keretanya. Ketika kejadian terdapat 4 keluarga terdiri adik-beradik mangsa berada di dalam rumah.

Kontraktor dan Peniaga Sayur

Unit pengesan bom dikejarkan bagi mendapatkan bukti.
Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, SOT-SUPT Junaidi Bujang, polis masih lagi mendapatkan latar belakang keluarga mangsa yang tediri dari kontraktor dan peniaga sayur itu bagi mengenal pasti motif kejadian.

Berdasarkan soal siasat dipercayai suspek meletakkan bom granite itu pada antara  tengah malam atau awal pagi.
Kes disiasat mengikut seksyen 307K Cubaan Bunuh dan seksyen 3 Akta bahan letupan dan hakisan.


Friday, September 12, 2014

, , , ,

MKL Crimedesk | Kilang Proses Dadah Syabu Lumpuh



11 September 2014 - Shah Alam, Selangor. Taktik satu sindiket pengedaran dadah yang menyewa gudang untuk kegiatan memproses syabu berskala besar terbongkar apabila polis merampas pelbagai baha asas pembuatan dadah bernialai lebih setengah juta ringgit. Kesemua rampasan itu ditemui dekat kawasan Perindutrian Shah Alam, Jumaat lepas.

Dadah syabu berkuantiti besar


Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, ketika diserbu pasukan STING Bukit Aman, gudang berkenaan tidak berpenghuni.
"Pihak kami sudah mengenal-pasti suspek yang terlibat dan tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat," kata Datuk Seri Noor Rashid.

Hasil siasatan, polis percaya makmat dadah tersebut dianggarkan mampu menghasilkan dadah syabu berkuantiti besar dalam tempoh 24 jam. Dalam serbuan itu, 1.67 kg syabu aslo, 112 kg pil disyaki bahan asas pembuatan syabu dan peralatan memproses dadah dirampas. 

Pihak polis percaya dadah ini dijual untuk pasaran tempatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.





Wednesday, September 10, 2014

, , ,

MKL Crimedesk | Penyamun Amerika Latin Dicekup



9 September 2014 - Shah Alam, Selangor. Bunyi alat penggera sebuah rumah di Shah Alam Selangor membantutkan usaha dua lelaki Amerika Latin memecah masuk kediaman berkenaan. Suspek yang kemudian melarikan diri bagaimaapun berjaya dickup polis yang mengekori mereka. 

Lari ke kondominium mewah Subang Jaya

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah, kejadian di seksyen 8 Shah Alam itu berlaku malam Jumaat lalu. Suspek kemudian melarikan diri ke kediaman mereka di sebuah kondomiium mewah di Subang Jaya. Tindakan itu bagaimanapun mengundang padah apabila mereka dicekup disitu. Turut ditemui, pelbagai barangan dipercayai hasil curi. 

Siasatan mendapati suspek berusia 25 & 31 tahun itu sering berpindah-randah. Mereka diprecayai aktif menjalankan kegiatan sekitar Shah Alam dan ibu negara. Sekurang-kurangnya 5 kes pecah rumah berjaya diselesaikan hasil penangkapan itu.


Tuesday, September 9, 2014

, , ,

Kebakaran di Kg. Tanjung Batu Laut, Tawau: 100 rumah musnah


Dianggarkan sebanyak 100 buah rumah musnah dalam kebakaran di kampung Tanjung batu laut Tawau petang tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 6.20 petang itu membabitkan rumah setinggan. Setakat ini tiada mangsa dilaporkan. Punca kebakaran masih dalam siasatan.
, , ,

MKL Crimedesk | Tokan Tua Dicekup Bersama Ganja



8 September 2014 - IPK, Kuala Lumpur. Hidup mewah penganggur warga emas terkubur apabila kegiatannya menjadi tokan dadah sekitar Lembah Klang terbongkar. Suspek berusia 54 tahun itu diberkas bersama 61 kilogram ganja bernilai lebih 150 ribu ringgit di Kampung Baru Jumaat lepas.

Pendapatan Lumayan RM150 ribu sebulan!

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Mohd. isa, suspek disyaki maraih pendapatan lumayan lebih 150 ribu ringgit sebulan. Risikan polis membawa kepada penemuan 63 ketulan mampat ganja daun kering disebuah pondok berhampiran. Sebuah kereta mewah jenis Audi disyaki dibeli hasil kegiatan itu disita.


Siasatan diteruskan bagi mengenal-pasti rangkaian terlibat. Suspek direman 7 hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat mngikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.















, , , ,

MKL Crimedesk | Bom Zaman Jepun Ditemui & Diletupkan



8 September 2014 - Kajang, Selangor. Pasukan Unit Pemusnah Bom UPB hari ini berjaya memusnahkan sebutir bom udara jenis Mark 1-952 yang dijumpai di kawasan riadah dekat Bukit Cheras Awana petang semalam.

Hasil Peninggalan Zaman Penjajahan Jepun

Ketua Polis Daerah ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, bom sepanjang 47 sentimeter dengan garispusat 43 sentimeter diletupkan pada jam 3 petang tadi di lokasi yang sama ianya dijumpai. Bom seberat 226 kilogram yang ditemui orang awam itu disyaki hasil peninggalan ketika zaman penjajahan Jepun semasa Perang Dunia Kedua lalu.

Bom berkenaan diletupkan dengan menggunakan bahan letupan yang ditanam bersama bom itu yang mengakibatkan letupan kecil. Terdapat beberapa penempatan di kawasan kaki bukit berkenaan. Tindakan menutup kawasan terbabit dari laluan awam dilkakukan sejak malam tadi untuk proses memusnahkan bom dan dijangka dibuka semula pada esok hari.