Tuesday, September 2, 2014

Filled Under: , , ,

MKL Crimedesk | 2 Remaja Nyaris Maut Padah Lari Dari Polis


2 September 2014 - Damansara, Selangor. Padah lari dari pemeriksaan polis, 2 remaja nyaris maut selepas kenderaan mereka dirempuh kenderaan lain di KM 17.4 Llebuhraya NKVE berhampiran susur masuk tol Damansara lewat malam tadi. Kejadian dilaporkan berlaku kira kira jam 1130 malam.

Panik Kehadiran Polis!

Difahamkan pasangan remaja 17 tahun ini memarkir di kawasan gelap di kawasan perindustrian Teknologi Kota Damansara. Curiga dengan kenderaan terbabit, anggota polis mpv cuba membuat pemeriksaan lanjut. Panik dengan kehadiran polis, remaja terbabit terus memecut laju ke arah lebuhrya NKVE. 

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim, kenderaan pasangan remaja jenis Atoz itu dikatakan melawan arus di susur masuk Damansara ke Lebuhraya NKVE, namun telah dirempuh 2 kenderaan lain. Pasangan remaja mengalami kecederaan ringan akibat rempuhan itu. Manakala pemandu kereta jenis honda tidak mengalami kecederaan.

Kedua duanya ditahan bagi membantu siasatan.


0 comments:

Post a Comment