Friday, September 5, 2014

Filled Under: , , , , ,

MKL Crimedesk | Bukit Aman Serbu 3 Premis Sedia GRO



4 September 2014 - Klang, Selangor. Berselindung disebalik papan tanda pusat hiburan sebaliknya juga menawarkan khidmat pelacuran bagi meraih keuntungan. Ianya walau bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa. 

Pelacur Bertempiaran Lari!

Premis ini akhirnya digempur polis Bahagian Maksiat D7 , Bukit Aman. Ketika digempur, kesemua pelacur bertempiaran lari menyembunyikan diri. Serbuan serentak ke atas 3 premis berasingan sekitar Bandar Baru Klang ini berjaya menahan 24 pelacur warga asing. 21 daripadanya adalah warga Vietnam,  2 Thailand dan 1 Indonesia berusia antara 22 hingga 35 tahun .

Pakej 3 hari disko & tarian tiang

Operasi jam 12.20 pagi ini diketuai ASP Mohammad Mohd Jais bersama pegawai dan anggota. Seperti kebiasaan, pelacur boleh dirunding ke luar premis dan hotel bajet berdekatan dijadikan tempat melakukan seks. Antara pakej ditawarkan premis ini adalah 3 hari untuk berdisko dan tarian tiang oleh pelacur-pelacur.

Kesemua pelacur dan penjaga premis berusia 48 tahun ditahan dan dibawa ke IPD Klang Utara bagi tindakan susulan.






































0 comments:

Post a Comment